Thursday, September 3, 2015

Surah Al Anbiya Ayat 58 - 81





Al Anbiya Ayat 58 Hingga 63

21:58 > Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya. 

21:59 > (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: "Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami? Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang zalim". 

21:60 > (Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya".

21:61 > (Ketua-ketua) mereka berkata: "Jika demikian, bawalah dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya). 

21:62 > (Setelah ia dibawa ke situ) mereka bertanya: "Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?" 

21:63 > Ia menjawab: "(Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini! Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata".

Menurut riwayat As Suddi, pada suatu ketika kaum Nabi Ibrahim yang menjadi penyembah berhala ini sedang menghadiri satu perayaan yang diadakan oleh Raja Namrud, Nabi Ibrahim telah masuk ke tempat pemujaan berhala mereka dengan membawa alat untuk menghancurkan berhala-berhala itu. Ianya berbentuk seperti kapak. Dicincangnya satu demi satu sehingga berhala itu menjadi berkeping-keping. Nabi Ibrahim menghancurkan semua berhala kecuali tinggal satu berhala saja yang tidak dicincang hancur, iaitu berhala yang besar.

Apabila kaum Nabi Ibrahim kembali ke tempat pemujaan berhala tersebut, alangkah terkejutnya mereka melihat semua berhala telah hancur musnah kecuali yang berhala yang besar. Mereka bertanya sesama sendiri siapakah yang berani melakukan demikian?

Oleh kerana ada orang yang mendengar ketika Nabi Ibrahim bersumpah hendak membinasakan berhala-berhala mereka, lalu mereka mula mengesyaki Nabi Ibrahim yang melakukannya. Tak ada orang lain yang berkata seperti itu melainkan dia. Maka perkara itu pun sampailah ke pengetahuan Raja Namrud dan pembesar-pembesarnya.

Lalu Raja Namrud pun memerintahkan supaya Nabi Ibrahim dibawa ke muka pengadilan, untuk dibicarakan di hadapan khalayak ramai. Setelah Nabi Ibrahim dihadapkan ke khalayak  ramai, mereka pun bertanya kepada Nabi Ibrahim adakah beliau yang membinasakan patung-patung berhala mereka? Mereka memaksa Nabi Ibrahim supaya mengaku akan kesalahannya dan menyangka tentulah Nabi Ibrahim tidak dapat membuat helah lagi.

Nabi Ibrahim adalah seorang yang sangat pintar dalam membuat helah. Dan selalu memberikan jawapan yang sangat tepat berdasarkan alasan-alasan  dan hujah yang bakal menjerat lawannya sehingga akan membuatkan mereka terpinga-pinga. Nabi Ibrahim mengatakan bahwa yang membinasakan berhala semua itu adalah patung yang besar yang berdiri itu. Kata Nabi Ibrahim lagi bahwa patung itu sangat murka dengan mereka kerana telah menyembah patung lain bersama dengan patung besar itu. Padahal ia adalah patung yang paling besar. Maka kerana murka maka patung besar itu telah menghancurkan patung-patung kecil yang lain. Lalu Nabi Ibrahim menyindir mereka lagi dengan mengatakan kalau mereka tidak percaya, tanyakanlah kepada patung besar itu sekiranya benar patung itu boleh bercakap.  

Difahamkan daripada kata-kata Nabi Ibrahim tadi, bahwa patung-patung tersebut tentu saja tidak boleh bercakap. Tetapi Nabi Ibrahim telah memperolok-olokkan kaumnya, padahal Nabi Ibrahim lah yang telah melakukan perbuatan itu.  Nabi Ibrahim menyindir mereka. Ini bukanlah bermakna Nabi Ibrahim telah berbohong. Tetapi Nabi Ibrahim berbuat begini adalah untuk menyedarkan kaumnya akan hakikat bahwa patung itu memang terang-terang tidak boleh bercakap. Malah tidak boleh berbuat apa-apa pun untuk mereka ataupun untuk dirinya sendiri.







 Al Anbiya Ayat 64 Hingga 67

21:64 > Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang yang zalim". 

21:65 >Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: "Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya)?" 

21:66 > Nabi Ibrahim berkata: "Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? 

21:67 > "Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?"

Setelah mendengar kata-kata nabi Ibrahim yang merupakan hujah yang kuat dan sangat menusuk ke dalam hati dan akal fikiran mereka, maka orang-orang penyembah berhala tadi menjadi terpinga-pinga dan tertanya-tanya. Sejurus, mereka merasa tersangat malu dengan hujah Nabi Ibrahim. Kerana mereka tahu dan menyedari, bahwa berhala yang mereka sembah itu memang terang-terang tidak boleh berbuat apa-apa. Apatah lagi bercakap untuk menerangkan hal sebenar. Jagi bagaimana berhala itu layak untuk dijadikan Tuhan mereka untuk disembah?

Dengan menyedari hakikat ini, mereka telah mula mencela antara satu sama lain, dengan mengatakan mereka memanglah salah dan telah menganiaya diri mereka sendiri kerana telah menyembah benda yang tidak boleh bercakap. Perbuatan itu menunjukkan suatu kebodohan yang tidak tidak patut mereka lakukan.

Setelah jelas keadaan mereka sudah mula mengakui bahwa mereka telah menganiaya diri mereka sendiri, akan tetapi mereka tetap tidak mahu mengakui kesalahan mereka di depan Nabi Ibrahim. Orang yang sudah tahu ia salah tapi masih berdegil tidak mahu mengaku salah. Di sinilah Allah telah menyatakan di dalam ayat 65 di mana mereka telah diterbalikkan fikiran mereka dalam kesesatan semula. Mereka masih mahu menegakkan pendirian mereka yang penuh kekufuran. Mereka tidak mahu sedar, bahkan mereka berdegil untuk tetap berkeadaan kufur seperti mula-mula. Maka Allah terbalikkan fikiran mereka untuk tetap di dalam kesesatan.

Lalu mereka pun berkata kepada Nabi Ibrahim dengan nada menentang, bukankah engkau sudah tahu, wahai Ibrahim bahwa berhala-berhala itu tidak pandai bercakap, mengapa pula kami disuruh menanyakan kepadanya? Mereka tetap mahu meletakkan kesalahan ke atas Nabi Ibrahim. Memang tidak masuk akal berhala yang besar yang menghancurkan berhala yang kecil. Ini bukan perbuatan berhala yang tidak dapat berbuat apa-apa. Ini sudah pasti perbuatan manusia. Berhala itu bisu, tidak bergerak, usahkan nak menghancurkan berhala lain! Dan manusia yang menghancurkan berhala-berhala itu sudah pastinya adalah Nabi Ibrahim.

Mendengarkan pertanyaan mereka yang berupa penentangan itu, Nabi Ibrahim mencela dan mencaci perbuatan mereka. Mereka sendiri tidak dapat nak percaya bahwa berhala besar itu dapat menghancurkan berhala kecil, kerana ia tidak dapat bergerak dari tempatnya. Dan mustahil ia dapat menjawab pertanyaan mereka, kerana berhala itu adalah suatu benda yang mati. Jadi mengapakah mereka menyembah semuanya itu??

Yang mereka sembah itu adalah sesuatu yang amat buruk, amat tercela sekali. Jadi perbuatan mereka menyembah sesuatu yang buruk dan tercela, juga perbuatan yang amat buruk dan tercela.  Tidak mereka terfikir bahwa mereka dalam kesesatan dan kekufuran. Padahal mereka adalah orang-orang yang sudah cukup dewasa yang mempunyai banyak pengalaman tentang kehidupan. Tidaklah patut sekali mereka menjadi orang yang siuman, yang akan berterusan berada di dalam kesesatan. Tidaklah patut bagi mereka sebagai orang yang berakal  melakukan perbuatan dengan menyembah kepada sesuatu benda, yang sedikit pun tidak daapt mendatangkan manafaat dan bahaya kepada mereka.






Al Anbiya Ayat 68

21:68 > (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!"

Setelah mereka tidak dapat lagi membalas hujah Nabi Ibrahim, mereka menentang pula dengan kekerasan. Lalu mereka mengeluarkan arahan supaya Nabi Ibrahim dibakar. Itulah hukuman yang dikenakan ke atas Nabi Ibrahim kerana telah menghancurkan tuhan-tuhan mereka. Jadi demi untuk menuntut bela ke atas tuhan mereka, maka orang yang menghancurkan tuhan mereka harus dibakar. Kalau tidak diadakan pembelaan, mereka khuatir takut pemikiran kaum mereka akan berpindah kepada yang lain. Jadi pembelaan harus dilakukan segera.

Nabi Ibrahim sejak mula lagi sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Bila diteliti dari perbuatan Nabi Ibrahim yang berani menghancurkan berhala-berhala yang kelak sudah pasti akan menimbulkan kemarahan ramai, dan bakal menerima tentangan hebat, juga bakal menerima hukuman yang berat, dari sini kita dapat memahamii bahwa keyakinan Nabi Ibrahim terhadap agama yang dianuti beliau adalah sangat kukuh dan mantap sekali. Tertanam utuh di dalam diri Nabi Ibrahim a.s. Sehingga beliau sanggup menghadapi sebarang kemungkinan yang dahsyat. Pendirian beliau tetap dan tidak akan berganjak lagi. Subhanallah!

Inilah sebab maka orang yang berjihad pada jalan Allah, lalu tewas kerana keyakinannya, diberi penghormatan tertinggi oleh Allah dengan diberi kemuliaan syahid.

Nabi Ibrahim telah bersedia menerima hukuman.






Al Anbiya Ayat 69 Hingga 70

21:69 > Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ". 

21:70 > Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).

Atas kehendak Allah, setelah Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api, api itu menjadi dingin, walaupun masih tetap marak bernyala. Dinginnya bukan dingin yang membahayakan, tetapi dingin yang membawa kesejahteraan.

Menurut Qatadah, tidak ada yang terbakar dari tubuh Nabi Ibrahim ketika itu kecuali tali-tali pengikatnya. Menurut riwayat, Raja Namrud dan pembesar-pembesarnya melihat dengan penuh kehairan. Seketika api telah mulai padam kerana kayu-kayu apinya telah habis dibakar menjadi abu, jelas kelihatan Nabi Ibrahim sembahyang menyembah mensyukuri Allah. Maka akhirnya raja menitahkan menghentikan pembakaran itu dan membebaskan Nabi Ibrahim.

Orang-orang penyembah berhala ini, mereka telah membuat tipu daya kepada Nabi Ibrahim, untuk mencelakan beliau. Tetapi Allah telah menjadikan mereka orang-orang yang rugi dan sengsara. Rugi yang sangat besar bagi mereka, kerana gagalnya usaha membakar nabi Ibrahim dengan disaksikan oleh sekalian rakyat yang ramai. Kejadian yang luar biasa ini menyebabkan tuah kebesaran berhala semakin terhakis. Ditambah lagi kewibawaan pemerintah juga akan terhakis juga. Rakyat mula mengerti bahwa apa yang diagung-agungkan selama ini adalah ternyata palsu belaka.  





Al Anbiya Ayat 71

21:71 > Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.

Setelah gagal cubaan membunuh Nabi Ibrahim dengan cara membakarnya, Nabi Ibrahim pun diselamatkan oleh Allah bersama dengan Nabi Lut dengan cara mengeluarkan beliau dari negeri itu. Nabi Lut adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim. Menurut tafsir ulamak, mereka telah berpindah ke satu tanah yang diberi nama Syam.  Oleh kerana tidak dinyatakan di dalam ayat daerah mana yang dimaksudkan Allah dengan bumi yang diberi berkat itu, maka ada juga yang mengatakan tanah yang dimaksudkan itu adalah tanah Iraq kerana di situ mengalir dua anak sungai besar iaitu Sungai Furat dan Sungai Tigris.

Namun kebanyakan ahli tafsir mengatakan menyebutkan bahwa negeri itu adalah Syam. Bumi Syam yang sekarang ini meliputi negeri-negeri seeprti Syria, Jordan, Lebanon dan Palestin. Tanahnya amat subur dan makmur kerana banyak ditumbuhi pohon dan tanaman yang menghasilkan buahan dan bijian. Bumi Syam itu diberkati kerana dari sanalah juga nabi-nabi ramai dibangkitkan, dari sana diturunkan syariat-syariat yang akan menuntun manusia ke jalan bahagia dunia dan akhirat.






Al Anbiya Ayat 72

21:72 > Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan; dan tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan orang yang soleh.

Sebagaimana yang disebutkan di dalam surah Hud ayat 69 hingga 73, dan surah As Saffatt ayat 37, malaikat telah datang memberikan khabar gembira kepada Nabi Ibrahim bahwa permohonannya ingin mendapatkan seorang lagi putera yang saleh, akan dikabulkan. Lama sebelum kelahiran Nabi Ishak, Allah telah memberikan kepada Nabi Ibrahim anak sulung yang diberi nama Nabi Ismail dari isterinya Siti Hajar.





Al Anbiya Ayat 73

21:73 > Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.

Allah memberikan tambahan kurnia-Nya kepada Nabi Ibrahim, selain kurnia yang telah diterangkan pada ayat yang lalu, bahawa keturunan Ibrahim itu tidak hanya merupakan orang-orang yang saleh, bahkan juga akan menjadi imam atau pemimpin umat yang mengajak orang untuk menerima dan melaksanakan agama Allah, dan mengajak kepada perbuatan-perbuatan yang baik dan bermanfaat, berdasarkan perintah dan izin Allah.

Nabi Ibrahim yang diberi gelar "Khalilullah" juga merupakan bapa dari beberapa Nabi kerana ramai di antara Nabi-nabi yang datang sesudahnya adalah dari keturunannya, sampailah kepada  Nabi dan Rasul yang terakhir, yaitu Muhammad termasuk cucu-cucu Nabi Ibrahim as melalui Nabi Ismail.

Kerana ada beberapa di antara keturunan Nabi Ibrahim itu yang dipilih Allah menjadi Nabi, maka mereka memperolehi wahyu Allah yang berisi ajaran-ajaran dan petunjuk ke arah kebaikan, terutama menaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Di samping itu Allah SWT juga mewahyukan kepada mereka agar mendirikan solat dan membayar zakat. Kedua  ibadah ini disebutkan Allah secara khusus, sebab ibadah solat memiliki keistimewaan sebagai ibadah jasmaniah yang amat mulia, manakala zakat pula mempunyai keistimewaan sebagai ibadah harta yang paling utama.

Kedua ibadah ini, walaupun harus dilengkapi dengan ibadah-ibadat lainnya, namun ia telah mencerminkan dua sifat utama pada diri manusia yaitu: taat kepada Allah, dan kasih sayang kepada sesama manusia.






Al Anbiya Ayat 74 Hingga 75

21:74 > Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka. 

21:75 > Dan Kami masukkan Nabi Lut dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguhnya dia dari orang-orang yang soleh.

Allah menerangkan tentang rahmat dan limpahan kurnia yang Allah berikan kepada Nabi Lut as. 

1: Nabi Lut telah dikurniakan hukum-hukum, iaitu tentang bagaimana menyelesaikan perselisihan di antara orang-orang yang berselisih dan memberikan hukumnya di dalam perbicaraan dengan cara yang sebaik-baiknya. 

2: Nabi Lut juga dikurniakan ilmu pengetahuan yang sangat berguna, terutama tentang agama, sehingga ia dapat mengetahui dan melaksanakan dengan baik kewajiban-kewajibannya terhadap Allah dan terhadap sesama makhluk.  Syarat ini sangat penting bagi orang-orang yang akan diutus Allah sebagai seorang Nabi dan Rasul. 

3: Nabi Lut telah diselamatkan Allah ketika negeri tempat tinggalnya, yaitu Sodom ditimpa azab Allah kerana penduduknya banyak berbuat kejahatan secara terang-terangan. Perbuatan-perbuatan keji yang mereka kerjakan di antaranya melakukan hubungan kelamin antara jenis lelaki (homosex), mengganggu lalu lintas perniagaan dengan merompak barang-barang perniagaan itu, menderhakai Nabi Lut, dan tidak mengindahkan ancaman Allah SWT. dan lain-lain. Maka kota Sodom itu dimusnahkan Allah. Nabi Lut beserta keluarganya kecuali isterinya yang turut menderhakai telah diselamatkan Allah dari bencana.

Kaum Lut itu sanggup melakukan perbuatan jahat dan keji seperti itu, adalah kerana mereka telah menjadi orang-orang jahat dan fasik. Mereka sudah tidak mengindahkan hukum-hukum Allah, dan suka melakukan hal-hal yang telah dilarangnya. Sehingga akhirnya mereka bergelumang dalam perbuatan-perbuatan dosa dan ucapan-ucapan yang tidak senonoh yang semuanya itu dilakukan oleh mereka dengan terang-terangan, tanpa rasa malu. Maka tidak hairanlah kalau mereka berterusan dalam kesesatan.

Nabi Lut telah dimasukkan Allah ke dalam rahmatNya adalah kerana Nabi Lut adalah termasuk dalam golongan orang-orang saleh. Iaitu yang taat kepada Allah dengan mengerjakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.






Al Anbiya Ayat 76

21:76 > Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika ia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar.

Sebelum Nabi Ibrahim dan Nabi Lut diutus Allah kepada manusia, Nabi Nuh adalah nabi terdahulu yang telah diutus Allah. Permohonan Nabi Nuh dapat kita rujuk dalam surah Al Qamar ayat 10, di mana Nabi Nuh telah mengadu kepada Allah bahwa beliau telah dikalahkan dan disisih oleh kaumnya sendiri. Dan Nabi Nuh telah memohon pertolongan Allah agar Allah membinasakan kaumnya yang degil dan engkar itu. Lalu Allah telah mengabulkan permintaan Nabi Nuh. Bumi telah ditenggelamkan dan digenangi air setinggi gunung. Dan Allah selamatkan Nabi Nuh bersama kaumnya yang beriman.

Malangnya anak kandung Nabi Nuh juga telah ditenggelami air bah besar itu. Lalu Nabi Nuh memohon bertanya kepada Allah mengapa anak kandungnya tidak termasuk dalam orang-orang yang diselamatkan Allah. Padahal itulah adalah putera beliau. Allah menjawab bahwa anaknya itu bukanlah dari golongan orang-orang yang diselamatkan Allah. Bukan dari golongan Nabi Nuh.  

Isteri Nabi Nuh pun antara orang yang tidak diselamatkan Allah juga. Di dalam surah At Tahrim ayat 10, isteri Nabi Nuh telah disamakan dengan isteri Nabi Lut yang juga tidak diselamatkan Allah. Ini adalah kerana kehidupan mereka telah dihiasi dengan keengkaran keapda ajaran dan seruan yang dibawa olelh Nabi Nuh dan Nabi Lut. Lalu mereka tidak tergolong dalam orang-orang yang saleh dan mereka juga tidak tergolong dalam golongan yang diselamatkan Allah.





Al Anbiya ayat 77

21:77 > Dan Kami membelanya dari angkara kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya adalah mereka kaum yang jahat; lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dengan taufan).

Nabi Nuh telah dipertahankan oleh Allah dariapda bencana kaum yang mendustakan keterangannya. Sedangkan keterangan itu merupakan bukti, yang menunjukkan kebenaran Nabi Nuh sebagai rasul, sehingga mereka tidak dapat menimpakan sebarang bahaya. Tak lain kerana mereka adalah kaum yang berkelakuan buruk, dan menderhakai Allah maka mereka pun ditenggelamkan semuanya dalam bencana alam yang berupa air bah yang besar dan dahsyat.





Al Anbiya Ayat 78

21:78 > Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.

Beralih pula kepada kisah Nabi Daud dan puteranya Nabi Sulaiman. Maka tersebutlah di dalam kitab-kitab tafsir bahwa Nabi Daud selain menjadi nabi dan rasul, beliau juga diangkat oleh kaumnya Bani Israel sebagai raja. Selama pemerintahan Nabi Daud, anaknya Nabi Sulaiman adalah sebagai pembantu beliau.

Di dalam kisah kedua-dua Nabi Ini, Allah telah memberitahu bagaimana kedua-duanya menjadi hakim untuk mengadili suatu perbicaraan dalam kes ladang yang dimasuki oleh kambing pada waktu malam, dan kambing itu telah memakan tanaman itu sehingga habis rosak semuanya. Allah beritahu bahawa Allah telah menyaksikan bagaimana kedua-dua rasul itu menjalankan perbicaraan kemudiannya menjatuhkan hukuman, semuanya Allah ketahui.

Lalu Allah iilhamkan kepada Nabi Sulaiman tentang bagaimana untuk memberi fatwa yang betul. Fatwa ini tidak pula Allah ilhamkan kepada Nabi Daud. Namun kedua-dua rasul ini telah menjalankan perbicaraan mengikut ijtihad masing-masing dengan hukuman yang berlainan.

Menurut Ibnu Abbas, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman telah menerima satu aduan menyatakan bahawa tanaman mereka telah dirosakkan oleh kambing-kambing dari jiran tetangga mereka. Tuan punya kebun tanaman yang rosak itu telah pergi mengadu kepada Nabi Daud. Maka diadakan satu persidangan bagi menyelesaikan masalah ini. Dan Nabi Sulaiman juga turut hadir dalam persidangan ini.

Setelah mendapati bahwa tanaman kurma pekebun itu telah habis dibaham dek kambing, maka Nabi Daud pun memutuskan supaya tuan punya kambing membayar sejumlah ganti rugi kepada tuan punya kebun dengan menyerahkan kambing-kambing itu semua kepada pekebun tadi. Ini kearana kerosakan ladang tersebut menyamai harga kambing-kambing itu semua. Maka kedua-kedua pekebun dan penternak kambing itu pun beredar.

Kemudian pekebun dan penternak kambing itu pergi pula menemui Nabi Sulaiman dan minta untuk dibicarakan. Nabi Sulaiman bertanya kepada mereka, apakah hukuman yang telah dijatuhkan oleh Nabi Daud. Kedua-duanya menceritakan kepada Nabi Sulaiman akan apa yang berlaku. Lalu Nabi Sulaiman pun berkata bahwa kalaulah beliau dilantik menjadi hakim untuk mengadili mereka berdua, nescaya beliau akan jatuhakn hukuman yang berlainan bahkan ianya lebih bertimbang rasa keapda kedua belah pihak.

Berita itu telah disampaikan orang kepada Nabi Daud. Lalu Nabi Daud telah memanggil Nabi Sulaiman dan bertanyakan tentang hukuman yang bakal Nabi Sulaiman jatuhkan sekiranya beliau menjadi hakim. Nabi Sulaiman tampil menerangkan kepada Nabi Daud perihal hukuman yang akan dijatuhkannya. Hukuman itu adalah hendaklah kambing itu diserahkan kepada tuan punya ladang, supaya ia dapat mengambil faedah dairapda kambing tersebut, dengan memerah susunya, mendapatkan hasil dariapda anak-anak kambingnya, mengambil bulunya dan kegunaan lain yang dapat diambil faedah daripadanya.

Adapun tuan punya kambing itu pula, hendaklah ia bekerja menanam semula ladang itu sampai mendapat hasil seprti mula-mula dahulu waktu ladang itu dimakan kambing. Kemudian barulah diseerahkan kepada tuan punya ladang, dan dia mengambil semula kambing-kambingnya itu.

Mendengarkan hukuman yang diterangkan oleh Nabi Sulaiman itu, Nabi Daud terus bersetuju dan membenarkan hukuman Nabi Sulaiman. Lalu kedua-dua orang yang berselisih dalam perbicaraan itu dikenakan hukuman seprtimana yang telah ditetapkan oleh Nabi Sulaiman as.







Al Anbiya ayat 79 dan 80

21:79 > Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. 

21:80 > Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?

Allah telah memberikan ilham kepada Nabi Sulaiman tentang bagaimana caranya untuk menjatuhkan hukuman dengan betul dan saksama. Sedangkan kedua-dua rasul itu telah menghukum mengikut ijtihad masing-masing kemudian Nabi Daud telah menarik balik hukumannya itu dan beliau telah bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Nabi Sulaiman.

Setengah ulamak berpendapat bahwa kedua-dua rasul itu masing-masing telah menghukum dengan perantaraan wahyu daripada Allah, dan wahyu yang kemudian diturunkan kepada Nabi Sulaiman telah membatalkan hukum yang mula-mula diwahyukan kepada Nabi Daud. Kerana para Nabi tidak boleh menghukum mengikut ijtihadnya sendiri, sebab mereka sudah mencukupi dengan mendapat wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada mereka.

Meskipun Allah telah melebihkan Nabi Sulaiman dengan kebijaksanaannya dalam menjatuhkan hukum, iaitu menjadi hakim, namun Allah tidak pula mengurangi kurniaNya kepada Nabi Daud. Allah telah mengurniakan gunung-gunung dan burung-burung semuanya patuh dibawah perintah Nabi Daud. Apabila saja Nabi Daud melalui gunung-gunung dan menemui burung-burung lalu diajaknya bertasbih, maka mereka pun menyahut mengikut Nabi Daud mengucapkan tasbih kepada Allah bersama-sama.

Dengan gunung-gunung itu bertasbih, tentulah menggunakan ucapan yang dijadikan oleh Allah. Ia pandai mengucapkannya, sebagaimana batu kerikil yang bertasbih di atas tapak tangan Rasulullah saw dan orang-orang telah mendengarnya bertasbih. Maka demikianlah pula Nabi Daud seorang diri saja yang mendengar gunung-gunung itu bertasbih.

Perlulah difahami di sini, bahwa Nabi Daud mempunyai kuasa untuk menyuruh gunung-gunung dan burung-buruung itu bertasbih adalah dengan kudhrat Allah semata-mata. Kalau nak difikirkan ianya adalah suatu perkara yang pelik dan ajaib bagi manusia. Kalau kita lihat burung, memanglah ia pandai berkicau. Dan itulah tasbihnya. Tetapi yang lebih menghairankan lagi gunung-gunung adalah benda yang tidak bergerak dan bersuara. Tetapi ia pandai bertasbih mengikut tasbih Nabi Daud.

Selain itu, Allah juga mengurniakan kepada Nabi Daud cara-cara untuk membuat baju besi. Mengikut riwayat, Nabi Daudlah orang yang mula-mula sekali membuat baju besi, untuk dijadikan perisai dalam peperangan. Menurut Qatadah, sebelum Allah mengajar Nabi Daud membuat baju besi, orang di dalam peperangan telah menggunakan besi nipis dipasangkan di dada sebagai perisai. Sukar dan kaku untuk dibawa bergerak ketika dalam pepeerangan.

Pada ayat 10 dan 11 dari Surah Saba’ Allah menjelaskan bahwa Allah telah melunakkan besi itu untuk Nabi Daud, dan diperintahkan Allah kepada Nabi Daud untuk membuat baju besi. Jadi jelaslah bagaimana Allah telah mengajarkan nabi Daud membuat baju besi yang mempnyai keistimewaan iaitu ringan dan boleh dilentur untuk dipakai dan kebal untuk dijadikan sebagai perisai untuk melindungi badan agar tidak ditembusi senjata tajam.

Dengan penghasilan rekaan baju besi Nabi Daud itu, ianya telah diguna pakai sehingga ke zaman Nabi Muhammad saw di dalam setiap peperangan. Maka Allah menyeru semua manusia hendaklah sentiasa bersyukur di atas kemudahan yang dikurniakan kepada kita, kerana kita dapat membuat rekaan yang seperti itu.






 Al Anbiya ayat 81

21:81 > Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Pada ayat 81 ini akan dibincangkan pula tentang kurniaan dan kelebihan yang Allah berikan terhadap Nabi Sulaiman as.  Allah telah menundukkan angin bagi Nabi Sulaiman sehingga angin tersebut menjadi patuh melakukan apa yang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman. Misalnya, angin tersebut berembus ke arah negeri tertentu, dengan hembusan yang keras dan kencang ataupun lunak dan lambat, sesuai dengan kehendak Nabi Sulaiman.

Sesungguhnya Allah senantiasa mengetahui segala sesuatu, sehingga tidak sesuatu pun yang tersembunyi dariNya.








Wednesday, September 2, 2015

Surah Al Anbiya Ayat 24 - 57





Al Anbiya Ayat 25 Hingga 29

21:25 > Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu". 

21:26 > Dan mereka (yang musyrik) berkata: "(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak". Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan. 

21:27 > Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya. 

21:28 > Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya. 

21:29 > Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

Allah menyambung lagi dengan mengatakan bahwa Allah tidaklah mengutus para rasul kepada umat, melainkan mereka Allah berikan wahyu untuk memaklumkan, bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah baik di langit mahupun di bumi melainkan Allah saja. Oleh itu, maka hendaklah manusia menyembah dan beribadat kepada Allah dengan tulus ikhlas. Jangan sampai menyembah kepada Tuhan yang lain.

Kaum musyrikin, di kalangan mereka ada pula yang mengadakan bahwa Allah mempunyai anak dan anak Allah yang mereka sebut-sebut itu adalah malaikat. Maha Suci Allah daripada disekutukan dan malaikat itu bukanlah anak Allah. Sesungguhnya anak mestilah menyerupai bapa mereka tentang segi keturunan dan jenisnya. Padahal antara nikmat dengan yang memberikan nikmat itu adalah sesuatu yang berbeza. dan bukan sejenis. Khalik (Tuhan Pencipta) dengan makhluk yang dicipta juga bukan sejenis.

Jelas sekali di sini bahwa Allah lah yang menciptkan malaikat. Dan ini bermakna malaikat itu dicipta untuk dijadikan hamba kepada Allah. Bertambah tinggi perhambaannya, maka bertambah pula kemuliaannya. Tanda mereka ialah hamba, ialah setianya  mereka melaksanakan perintah Allah.

Malaikat itu pun tidak diberi kuasa oleh Allah untuk memberikan syafaat. Syafaat ertinya ialah yang diberi keizinan oleh Allah untuk memberikan penerimaan dan penghormatan atau barang siapa yang Allah kehendaki. Mentang-mentanglah malaikat itu dikatakan sangat dekat dengan Tuhan, maka kaum musyrikin pun menganggap dan menelah yang malaikat itu anak Allah.  Namun malaikat ini tidaklah berkuasa apa-apa untuk melindungi seorang hamba yang lain di hadapan. Sebabnya malaikat itu pun hanyalah hamba Allah juga.  

Malaikat itu hanya akan memberi syafaat sekiranya Allah meredhainya. Sister boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 255 iaitu Ayatul Kursi yang antara ayatnya menyatakan bahwa “siapakah gerangan yang akan memberi syafaat di sisiNya, kalau bukan dengan izinNya.”

Dalam ayatul kursi ini, siapakah yang diberi kuasa oleh Allah itu? Orang itu adalah orang yang dekat dengan Allah dan Allah meredhainya. Dekat dengan Allah maksudnya orang yang beriman dan bertakwa.

Dan malaikat itu juga meminta belas kasihan kerana takut kepada Allah. Maksudnya kerana takutkan akan seksaan Allah maka mereka berjaga-jaga tidak mahu menderhakai Allah atau menyalahi perintah dan tegahanNya. Maka jika misalnya ada di antara malaikat yang mengakut dirinya tuhan pula di sisi Allah, maka nescaya azab sengsara akan diterimanya sama juga beratnya dengan azab makhluk yang lain yang mengaku dirinya sebagai tuhan. Begitulah balasannya kepada mereka yang zalim. Ertinya hukuman Allah akan berlaku bagi sesiapa saja yang memakai hak yang bukan haknya. Baik dia malaikat atau jin atau pun manusia.




 Al Anbiya Ayat 30

21:30 > Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Allah menceritakan keadaan kaum musyrikin yang tidak mahu memerhatikan keadaan alam ini, dan tidak memerhatikan kejadiannya. Padahal dari makhluk-makhluk yang ada di alam ini dapat diperoleh bukti-bukti tentang adanya Allah serta kekuasaanNya yang mutlak. Maka Allah menegaskan, apakah mereka itu buta, sehingga tidak dapat melihat bahawa langit dan bumi itu dulunya merupakan sesuatu yang padu dan tidak berpecah? Kemudian Allah dengan kekuasaan-Nya yang mutlak dan dapat berbuat apa-apa saja yang dikehendaki-Nya, telah memisahkan langit dan bumi itu, dan masing-masing beredar menurut garis peredarannya yang tersendiri, dan melakukan tugas tertentu, dengan sebaik-baiknya.

Dari keterangan ini dapat pula kita fahami, bahawa Al Quran benar-benar merupakan mukjizat yang besar. Dan kemukjizatannya tidak hanya terletak pada gaya bahasa dan rangkuman yang indah. Mukjizatnya juga terletak pada isi yang terkandung dalam ayat-ayatnya, yang mengungkapkan bermacam-macam ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya, terutama mengenai alam, dengan berbagai jenis dan sifat serta manfaat masing-masing.

Al Quran juga telah mengemukakan semuanya itu pada abad yang keenam sesudah wafatnya Nabi Isa, di saat manusia di dunia ini masih diliputi suasana kesesatan. Lalu dari manakah Nabi Muhammad dapat mengetahui semuanya itu, kalau bukan dari wahyu yang diturunkan Allah kepadanya?
Perkembangan ilmu pengetahuan modern dalam berbagai bidang telah membenarkan dan mengukuhkan lagi apa yang telah diungkapkan oleh Alquran sejak empat belas abad yang lalu. Dengan demikian, kemajuan ilmu pengetahuan itu seharusnya menuntun manusia kepada keimanan terhadap apa yang diajarkan oleh Al Quran, terutama keimanan tentang adanya Allah serta semua sifat-sifat kesempumaan-Nya.

Selain itu Allah juga telah menerangkan perihali kepentingan fungsi air bagi kehidupan semua makhluk yang hidup di alam ini, baik manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Maka Allah berfirman: ".. dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup".

Manusia dan haiwan sanggup bertahan hidup berhari-hari tanpa makan, asalkan ia mendapat minum. Akan tetapi ia takkan dapat hidup lama tanpa mendapatkan minum beberapa hari saja. Demikian pula halnya tumbuh-tumbuhan. Apabila ia tidak mendapatkan air, maka akar dan daunnya akan menjadi kering, dan akhirnya mati sama sekali. Di samping itu, manusia dan haiwan, selain memerlukan air untuk hidupnya, ia juga berasal dari air, yang disebut "nutfah".

Dengan demikian air adalah merupakan suatu unsur yang sangat penting bagi kejadiaan dan kehidupan manusia.
Oleh sebab itu, apabila manusia sudah meyakini pentingnya air bagi kehidupannya, dan meyakini pula bahawa air tersebut adalah salah satu dari nikmat Allah SWT., maka tidak adalah alasan bagi manusia untuk tidak beriman kepada Allah serta untuk mengingkari nikmat-Nya yang tak ternilai harganya.






Al Anbiya ayat 31 Hingga 33

21:31 > Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. 

21:32 > Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya. 

21:33 > Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).

Allah mengarahkan pandangan manusia kepada gunung-gunung dan jalan-jalan serta dataran-dataran luas yang ada di bumi ini. Allah menerangkan bahawa Dia menciptakan gunung-gunung yang tegap berdiri di bumi ini seakan-akan menjadi pasak, sehingga bumi tidak bergoncang bersama manusia yang ada di atasnya. Sedang kita tahu bahwa bumi ini senantiasa berputar pada paksinya, dan beredar di sekeliling matahari.

Manakala dataran-dataran dan lembah-lembah yang luas itu diciptakanNya  agar manusia mudah berjalan dan mudah pula bercucuk tanam dan memelihara ternakan, serta mendirikan bangunan yang diperlukannya. Apabila manusia memerhatikan semuanya itu, nwscaya mereka akan sampai kepada keimanan terhadap Allah Pencipta alam semesta, serta mensyukuri segala rahmat-Nya.

Lalu Allah SWT. mengarahkan perhatian manusia kepada benda-benda di langit, yang diciptakanNya sedemikian rupa sehingga masing-masing berjalan dan beredar dengan teratur, tanpa jatuh berguguran atau bertembung di satu sama lainnya. Semuanya itu dipelihara dengan suatu kekuatan yang disebut "daya tarik menarik" antara benda-benda di langit itu, termasuklah matahari dan bumi. Ini juga merupakan bukti yang nyata tentang wujud dan kekuasaan Allah. Akan tetapi kaum musyrikin tidak memerhatikan bukti-bukti tersebut.

Selanjutnya Allah mengarahkan perhatian manusia kepada kekuasaanNya dalam menciptakan waktu malam dan siang. Serta matahari yang bersinar di waktu siang, dan bulan bercahaya di waktu malam. Masing-masing beredar pada garis peredarannya dalam ruang cakerawala yang amat luas yang hanya Allah lah yang mengetahui batas-batasnya.

Adanya waktu siang dan malam adalah disebabkan kerana perputaran bumi pada paksinya, di samping peredarannya mengelilingi matahari. Bahagian bumi yang mendapat sinaran matahari akan mengalami waktu siang, manakala bahagian yang tidak mendapat sinaran matahari akan mengalami waktu malam pula. Cahaya bulan pula adalah sinaran matahari yang dipantulkan bulan ke bumi. Di samping itu, bulan juga beredar mengelilingi bumi.
Keterangan yang terdapat dalam ayat-ayat di atas adalah untuk menjadi bukti-bukti alamiyah, di samping dalil-dalil yang rasional dan keterangan-keterangan yang terdapat dalam kitab-kitab suci terdahulu, tentang wujud dan kekuasaan Allah SWT.. Ini adalah untuk menguatkan lagi apa yang telah disebutkan-Nya dalam firman-Nya yang terdahulu, bahwa "apabila" di langit dan di bumi ini ada tuhan-tuhan selain Allah nescaya akan rosak binasalah keduanya".







Al Anbiya ayat 34 Hingga 35

21:34 > Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya? 

21:35 > Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Allah menerangkan bahwa dunia ini tidaklah dijadikan sebagai tempat tinggal yang kekal, malahan tidak ada sesiapa pun yang akan dapat hidup kekal di dunia. Baik Rasulullah sendiri tidak akan kekal hidup di dunia. Semuanya akan meninggalkan dunia ini. Sepertimana rasul-rasul terdahulu, begitu jugalah Rasulullah.

Lalu Allah bertanyakah adakah orang-orang yang menyekutukan Tuhan itu akan hidup kekal di dalam dunia ini? Jawapannya sudah tentulah tidak. Mereka semua akan mati. Semuanya akan mati dan meninggalkan dunia.

Allah menguatkan kenyataanNya lagi, dengan mengatakan bahwa tiap-tiap yang bernafas pasti akan merasai pahit getirnya kematian. Mereka akan merasai sakitnya roh merkea berpisah dari jasad. Oleh itu janganlah berasa gembira sangat apabila mendengar orang lain mati dan menampakkan rasa puas hati dengan kematian orang lain, dan tidak memperlihatkan tanda-tanda ketakutan dan berkeluh kesah kerana kematian seseorang.

Sesungguhnya Allah menguji manusia dengan pelbagai cara. Ada dengan ujian yang buruk, iaitu kesusahan di dunia seperti kemisikinan, kesakitan dan penderitaan. Ada juga yang ujiannya adalah ujian yang baik iaitu kesenangan hidup di dunia seperti mempunyai tubuh badan yang sihat, merasakan kelazatan dan kegembiraan serta tercapai segala impian dan cita-cita. Semua ujian ini adalah untuk mengetahui adakah manusia sabar ketika menanggung ujian yang buruk, dan bersyukur ketika, mendapat kurnia, sehingga bertambah-tambah pula pahala mereka kerana berjaya menjalani ujian tersebut. 




Al Anbiya Ayat 36

21;36 > Dan apabila orang-orang kafir itu melihatmu, mereka hanyalah menjadikan perkara yang engkau sampaikan itu sebagai ejek-ejekan sahaja, sambil berkata sesama sendiri: "Inikah dia orangnya yang mencaci tuhan-tuhan kamu?" (Mereka berkata demikian) sedang mereka sendiri kufur ingkar kepada Al-Quran yang mengandungi peringatan Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.

Allah menerangkan sikap dan kelakuan orang-orang kafir terhadap Nabi Muhammad saw, yaitu bahawa setiap kali mereka melihatnya, maka mereka menjadikan Nabi sasaran bagi sindiran dan ejekan mereka. Hal ini kerap berlaku umpamanya semasa nabi saw melintas di depan Abu Sufiyan dan Abu Jahal. Abu Jahal akan berkata sambil mentertawakan baginda, “inilah nabi kepada anak-anak Abdi Manaf.”

Demikianlah ejekan mereka terhadap Rasulullah. Dan mereka tidak menginsafi bahwa yang sebenarnya merekalah yang selayaknya menerima ejekan, karena mereka menyembah patung-patung dan berhala, yang tidak berkuasa berbuat apapun untuk mereka, bahkan tangan mereka sendirilah yang membuat tuhan-tuhan mereka itu. Dengan demikian, keadaan menjadi terbalik dari pada yang semestinya, kerana tuhan semestinya sebagai pencipta bukan yang diciptakan.





Al Anbiya Ayat 37 Hingga 41

21:37 > Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya). 

21:38 > Dan (kerana tabiat terburu-burunya) mereka berkata: "Bilakah berlakunya janji azab itu, jika betul kamu orang-orang yang berkata benar?". 

21: 39 > Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api neraka dari muka dan belakang mereka, dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata demikian). 

21:40 > (Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka secara mengejut, serta terus membingungkan mereka; maka mereka tidak akan terdaya menolaknya, dan tidak akan diberi tempoh bertaubat. 

21:41 > Dan demi sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.

Allah menerangkan bahwa manusia dijadikan sebagai makhluk yang bertabiat suka tergesa-gesa dan terburu nafsu. Kemudian " Allah mengingatkan kaum kafir agar mereka jangan meminta disegerakannya azab yang diancamkan kepada mereka, kerana Allah pasti akan memperlihatkan " kepada mereka tanda-tanda dari azab-azab-Nya itu.

Di sini dapat kita lihat, bahwa Allah melarang manusia untuk bersifat tergesa-gesa, minta segera didatangkannya sesuatu yang belum tiba saatnya, akan tetapi pasti datangnya. Di samping itu Allah menerangkan, bahwa sifat tersebut sudah dijadikan sebagai salah satu sifat pada manusia. Ini bererti, bahawa walaupun sifat tergesa-gesa itu sudah dijadikan-Nya sebagai salah satu sifat pada manusia namun manusia diberinya kemampuan untuk menahan diri dan melawan sifat tersebut, lalu membiasakan diri dengan sifat ketenangan dan kesabaran atau mengawal diri.
Sifat tergesa-gesa dan terburu nafsu selalu menimbulkan akibat yang tidak baik serta merugikan diri sendiri atau orang lain, yang akhirnya menyebabkan rasa penyesalan yang tak berkesudahan. Sebaliknya, sikap tenang, sabar, berhati-hati dan mengawal diri dapat menyampaikan seseorang kepada apa yang ditujunya, dan mencapai kejayaan yang gemilang dalam hidupnya. Itulah sebabnya Al Quran selalu memuji orang-orang bersifat sabar, dan menjanjikan kepada mereka bahwa Allah senantiasa akan memberikan perlindungan, petunjuk dan pertolongan kepada mereka. Sedangkan orang-orang yang-suka terburu nafsu. lekas marah, mudah dimasuki godaan iblis yang akan menjerumuskannya ke jurang kebinasaan, dan menyeleweng dari kebenaran.

Tentangan orang-orang kafir agar azab Allah segera didatangkan kepada mereka, dengan jelas menunjukkan ketidak percayaan mereka terhadap adanya azab tersebut, serta keingkaran mereka bahwa Allah berkuasa menimpakan azab kepada orang-orang yang zalim. Betapa nekadnya kaum kafir itu, ketika mereka berkata kepada Nabi Muhammad dan kaum Muslimin dengan sikap menentang :"Bilakah azab akhirat yang dijanjikan itu bakal datang? Jika ancaman itu benar, cubalah perlihatkan sekarang juga!"

Jelas, bahwa mereka meminta untuk segera didatangkan azab itu kepada mereka, kerana mereka sebenarnya tidak percaya sama sekali tentang adanya azab tersebut. Dan dengan sendirinya, mereka juga tidak percaya tentang hari akhirat, serta kekuasaan Allah untuk membalas segala perbuatan manusia.

Seandainya kaum kafir itu mengetahui, bahwa kelak mereka tidak akan berdaya untuk mengelakkan diri dari azab api neraka yang akan menyerbu mereka dari segala arah, nescaya mereka tidak akan berkata demikian. Oleh sebab itu, tentangan mereka agar azab tersebut didatangkan segera kepada mereka, adalah betul-betul timbul dari kebodohan dan keengkaran mereka, karena mereka telah menutup diri merekaterhadap ajaran-ajaran yang benar, yang disampaikan oleh Rasulullah.

Sesungguhnya azab akhirat yang diancamkan kepada kaum kafir itu pasti akan terjadi, bahkan akan datang kepada mereka secara tiba-tiba dan tidak akan terduga, sehingga menyebabkan mereka menjadi panik, tidak dapat lari untuk menyelamatkan diri. Dan mereka benar-benar tidak akan diberi  waktu untuk bersiap-siap untuk menyelamatkan diri daripadanya.

Lalu di akhir ayat 41 Allah memberikan hiburan kepada Nabi Muhammad yang selalu mendapat ejekan dari kaum kafir, Allah menegaskan bukan baginda saja yang pernah diejek oleh kaum kafir itu. Bahkan semua Rasul yang diutus Allah sebelumnya juga menjadi sasaran ejekan mereka. Akan tetapi azab yang dahulu mereka perolok-olokkan itu akhirnya datang melanda mereka. Dan tidak  ada seorang pun dapat menyelamatkan mereka dari azab yang dahsyat itu.







 Al Anbiya Ayat 42 Hingga 43

21:42 > Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah?" (Mereka tidak memikirkan yang demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka. 

21:43 > Tidak ada bagi mereka tuhan-tuhan yang dapat melindungi mereka dari azab Kami. Mereka yang dipertuhankan itu tidak dapat menolong dirinya sendiri, dan tidak pula mereka dibantu dengan pertolongan dari pihak Kami.

Allah menyuruh Nabi untuk menjawab ejekan itu dengan cara mengajukan pertanyaan kepada mereka tentang siapakah yang dapat memelihara dan melindungi mereka dari azab Allah. baik pada waktu malam. mahupun pada waktu siang?

Pertanyaan itu dimaksudkan untuk menyedarkan mereka, bahawa tak seorangpun berkuasa dan berupaya untuk melindungi mereka dari kemurkaan dan azab Allah. Karena Dia adalah Maha Kuasa untuk berbuat apa yang dikehendaki-Nya. Andai kata mereka selalu ingat tentang iradah dan kekuasaan Allah, nescaya mereka tidak akan melakukan ejekan dan tentangan semacam itu. Akan tetapi, kerana mereka adalah orang-orang yang telah berpaling dari mengingat Allah dan kekuasaan-Nya, maka itulah sebabnya mereka mengejek Rasul-Nya dan menentang dengan sikap yang angkuh agar azab tersebut segera ditimpakan kepada mereka.

Allah mencela mereka lagi kerana masih juga berharap kepada berhala-berhala yang mereka sembah sebagai tuhan padahal ia tidak dapat menolak bahaya atau mendatangkan faedah sedikitpun kepada mereka. Adakah berhala-berhala itu dpat mempertahankan mereka dari hukuman Allah ? Sudah tentulah tidak. Berhala-berhala itu semuanya tidak akan berupaya untuk menolak seksaan Allah, iaitu seksaan yang mereka minta untuk disegerakan turun kepada mereka. Bahkan, mereka tidak akan mendapat pembelaan daripda sesiapa pun dariapda seksaan tersebut. Ini telah menunjukkan tentang kelemahan berhala, maka tidaklah patut mendakwakan mempunyai kuasa yang menyebabkan mereka memuja dan emnyembahnya.






Al Anbiya Ayat 44

21:44 > (Bukan benda-benda yang dipertuhankan itu yang memberi kesenangan kepada mereka) bahkan Kami biarkan mereka dan datuk-nenek mereka menikmati (kesenangan hidup) hingga berlanjutanlah umur mereka (dalam keadaan yang menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini mereka). Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami datangi daerah bumi yang mereka kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya? Jika demikian halnya, maka adakah mereka yang akan menang?

Allah menerangkan tentang kelebihan serta limpahan nikmatNya yang dikurniakan kepada mereka dan juga kepada bapa-bapa mereka. Walaupun mereka membalasnya dengan keburukan. Sebenarnya kesenangan hidup yang mereka nikmati sehinga berlarut-larutan sampai berumur lanjut dan ditangguhkan pula datangnya seksaan, semua ini telah melalaikan mereka dariapda mengingati Allah. Dan mereka telah tertipu olehnya.

Maka Allah mengingatkan  mereka , mengapa mereka minta disegerakan turunnya seksaan? Tidakkah mereka melihat dan menyedari, bahwa seksaan itu sudah pun mula datang, sedikit demi sedikit, yang berupa kekuasaan dan pengaruh mereka telah mulai dikurangkan. Ini terbukti dengan adanya kemenangan demi kemenangan yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang mukmin di dlaam pepeerangan melawan orang kafir. Sehingga daerah kekuasaan dan permerintahan mereka bertambah luas, sedangkan daerah kekuasaan orang-orang musyrik itu semakin lama semakin kecil.

Akhirnya sempurnalah sudah penaklukan kota Mekah yang menjadi tempat tumpuan dan bertahan orang-orang musyrik itu manakala ketua-ketua dan pemimpin mereka pula terbunuh di medan perang. Seterusnya pengaruh syirik yanga da di sana telah pun dihapuskan. Jadi mengapakah mereka tidak memikirkan hal itu? Mengapa mereka tidak juga mengambil tauladan untuk berjaga-jaga supaya jangan sampai ditimpa oleh seksaan Allah, serpti yang ditimpakan kepada umat yang dahulu yang sifatnya seumpama mereka?

Lalu Allah bertanya dengan mencela, siapakah yang menang, adkaah orang musyrik yang menyekutukan Allah, ataupun Rasulullah dan orang-orang mukmin yang menjadi pengikut-pengikutnya?






 Al Anbiya Ayat 45 Hingga 47

21:45 > Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku); dan sudah tentu orang-orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran, (maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat). 

21:46 > Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata: "Aduhai celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)!" 

21:47 > Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.


Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad saw untuk menegaskan kepada kaum kafir dan musyrik itu bahawa tugasnya sebagai Rasul, ialah sekadar menyampaikan peringatan Allah kepada mereka dengan wahyu, yaitu Al Quran, serta menerangkan kepada mereka akibat kekafiran, dengan menerangkan kisah-kisah tentang umat yang terdahulu. Adapun perhitungan dan pembalasan atas perbuatan mereka adalah menjadi kekuasaan Allah SWT, bukan kekuasaan Rasul.

Allah memberikan sindiran terhadap kaum kafir, bahwa mereka adalah diibaratkan seperti orang-orang tuli, tidak mendengar dan tidak memerhatikan peringatan yang disampaikan kepada mereka. Hati mereka seperti telah tertutup, dan tidak menerima kebenaran dan petunjuk Allah yang disampaikan Rasul kepada mereka.

Salah satu dari sifat kelakuan kaum kafir, ialah bila mereka ditimpa oleh Azab Allah, walaupun hanya sedikit saja, mereka mengeluh dan menyesali diri, dengan berkata: aduhai, celakalah kami, bahwasannya kami adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Sebelum azab itu datang menimpa, mereka tidak mempercayainya, bahkan mereka menentang dan mereka mencabar agar azab tersebut didatangkan segera kepada mereka karena keingkaran dan keangkuhan mereka. Tetapi setelah azab itu datang menimpa tahu pula mereka tentang kekuasaan Allah. Lalu timbullah penyesalan dalam hati mereka. Akan tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

Pada hari kiamat nanti Allah akan meletakkan neraca keadilan yang benar-benar adil, sehingga tak seorangpun akan dirugikan dalam penilaian itu. Maksudnya: penilaian itu akan dilakukan setepat-tepatnya, sehingga tak akan ada seorang hambapun yang amal kebaikannya akan dikurangi sedikitpun, sehingga menyebabkan pahalanya dikurangi dari yang semestinya ia terima Sebaliknya tak seorangpun di antara mereka yang kejahatannya dilebih-lebihkan, sehingga menyebabkan ia mendapat azab yang lebih berat dari pada yang semestinya, walaupun Allah berkuasa berbuat demikian.

Ayat ini merupakan amaran yang keras, supaya setiap manusia berjaga-jaga terhadap amalannya, kerana Allah akan mengira dan menimbang semuanya dari sekecil-kecil sehingga ke sebesar-besarnya untuk diberikan balasan. Orang yang kufur tidak perlua amalannya ditimbang. Kerana dia tidak mempunyai apa yang disifatkan sebagai amalan disebabkan oleh keengkarannya.





 Al Anbiya Ayat 48 Hingga 50

21:48 > Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang mahu bertaqwa. 

21:49 > Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang, dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat. 

21:50 > Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?


Allah menerangkan bahwa Allah telah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa dan Harun. Kitab Taurat tersebut adalah merupakan penerangan dan pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT.  Kitab Taurat juga disebut Al Furqan, sebagaimana halnya Al Quran. Ini karena kitab Taurat tersebut juga berisi syariat, yaitu hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang membezakan antara hak dan batil, antara baik dan buruk, secara hukum, sehingga setiap tingkah laku dan perbuatan manusia, baik atau buruk, dijelaskan akibat hukum atau sangsinya. Tidak demikian halnya kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as. Ia tidak membawa syariat.

Kiitab Taurat ini berfungsi sebagai pembawa syariat, dan sebagai sinar petunjuk dan peringatan, hanyalah berguna bagi orang-orang yang bertakwa. Ini bererti, bagi orang-orang yang tidak bertakwa, yaitu yang tidak bersedia melaksanakan perintah-perintah Allah serta menjauhi larangan-larangan-Nya, maka Taurat itu tidaklah menjadi petunjuk. Akan tetapi untuk mereka ini Allah telah sediakan azab yang dahsyat

Lalu siapakah orang yang bertakwa ini? Allah menjelaskan orang-orang yang bertakwa adalah orang yang senantiasa takut kepada azab Allah, walaupun azab tersebut merupakan salah satu dari hal-hal yang ghaib. Orang-orang yang bertakwa juga adalah orang-orang yang senantiasa merasa takut akan datangnya hari kiamat, mengingatkan hal yang akan terjadi kelak di hari kiamat itu antara lain hari perkiraan amalan dan hari pembalasan.

Oleh karena rasa takut mereka terhadap azab Allah pada hari kiamat yang akan menimpa orang-orang yang tidak bertakwa, maka mereka yang bertakwa ini selalu menjaga diri terhadap hal-hal dan perbuatan yang mengakibatkan dosa dan azab maka mereka senantiasa melaksanakan perintah Allah, serta menjauhi segala larangan-Nya.

Allah menyeru pula kepada orang-orang Arab yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad saw supaya berpegang teguh dengan Al Quran. Al Quran itu merupakan peringatan dan pelajaran yang sangat bermanfaat untuk orang-orang yang bertakwa, sehingga sepatutnyalah ianya diikuti dan dijadikan sebagai sebuah pegangan yang teguh.

Lalu Allah mencela pula sikap kaum yang masih mengengkari Al Quran, padahal tak ada satu alasanpun bagi mereka untuk mengengkarinya kerana ia hanya membawa pelajaran dan tuntunan yang bermanfaat bagi mereka apabila mereka mengikutinya. Bahkan, kebaikan dan manfaat AlQuran itu sudah pun dijelaskan kepada mereka.






Al Anbiya Ayat 51 Hingga 54

21:51 > Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya. 

21:52 > Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?" 

21:53  >  Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya". 

21:54 > Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata".

Allah menerangkan bahawa sebelum Dia mengutus Nabi Musa dan Harun, Dia juga telah mengutuskan Nabi Ibrahim as. Allah telah mengurniakan kepadanya hidayah kebenaran untuk memimpin umatnya, dalam mencapai keselamatan dunia dan akhirat. Dengan hidayah tersebut Nabi Ibrahim telah dapat menyelamatkan dirinya dan umatnya dari kepercayaan yang tidak benar dan dari penyembahan kepada selain Allah, Seperti patung dan berhala.

Allah juga mengetahui bahwa Nabi Ibrahim benar-benar mempunyai keyakinan dan keimanan terhadap Allah serta mengesakanNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa jua pun. Semua ini merupakan pekerti mulia, perangai yang baik dan sifat yang terpuji. Nabi Ibrahim juga telah diberikan taufik, iaitu kemudahan untuk memerhatikan dan mencari bukti semasa melihat matahari, bulan dan bintang.
Allah menceritakan bahwa Nabi Ibrahim telah berkata kepada bapanya dan juga kaumnya semasa berkumpul memuja berhala, “patung-patung apakah ini yang kamu leka menyembahnya?” Tujuan pertanyaan itu adalah untuk mengingatkan suapya mereka memikirkan keadaan patung tersebut yang tidak bergerak. Nabi Ibrahim memperkecil-kecilkan berhala-berhala mereka dan berpura-pura tidak tahu akan hakikatnya. Seolah-olah memberi pengertian kepada mereka. Kalaulah merka memikirkan baik-baik dan merenungkan sejenak akan perbuatan mereka menyembah dan memuja patung itu, nescaya patung-patung yang dibuat dari kayu atau batu itu sedikit pun tidak dpat memeberikan pertolongan kepada mereka.

Oleh kerana bapanya yang bernama Azar dan kaumn ya itu tidak dapt memberikan alasan yang boleh dikemukakan untuk memeperkenalkan patung itu yang sebenarnya, kecuali yang mereka tahu hanyalah meniru perubatan nenek moyang mereka saja. Maka jawapan yang dapat mereka berikan hanyalah dengan mengatakan bahwa mereka dapati bapa-bapa mereka pun menyembahnya juga. Oleh kerana itu mereka pun turut meniru pebuatan nenek moyang mereka dengan tidak ada bukti, kecuali itulah yang dapat mereka kemukakan.

Ini dapatlah difahami bahwa bapa nabi Ibrahim dan kaumnya adalah orang-orang yang menjadi pak turut, meniru-niru buta dan hanya suka bertaklid saja. Tentu saja perbuatan ibadat yang dilakukan itu menyebabkan mereka tidak tahu menyatakan hakikat yang sebenarnya. Kecuali yang dapat ialah dengan mengeluarkan kata-kata yang akan memberi malu kepada diri mereka sendiri. Dan jawapan yang memalukan ini adalah menunjukkan akan kelemahan mereka.

Mendengarkan jawaban itu, Nabi Ibrahim terus menyatakan bahwa betapa buruknya pekerti mereka. Dan jawapan itu juga merupakan cacian dan celaan kepada mereka disebabkan perbuatan yang mereka lakukan. Ini dapatlah disimpulkan bahwa orang yang menjadi pak turut dan meniru-niru buta itu jelas sekali berada dalam kesesatan. Mereka tidak ada tempat untuk bersandar, kecuali dengan mengikuti kemahuan nafsunya dan acuman syaitan.

Dengan ayat ini kita mendapat kesan, bahwa sesuatu yang batil atau salah itu tidak dapat menjadi benar walaupun banyak dan ramai bilangan orang yang menjadi pengikutnya, lambat laun akan ketara juga salahnya.






Al Anbiya Ayat 55 Hingga 57

21:55 > Mereka bertanya: "Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?" 

21:56 > Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu. 

21:57 > "Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)".

Apabila mendengarkan kata-kata Nabi Ibrahim, mereka merasa sangat sangsi dituduh sebagai orang-orangyang sesat dan merasa hairan mengapa Nabi Ibrahim telah berani menuduh demikian. "Apakah engkau datang kepada kami dengan membawa kebenaran, atau adakah engkau hanya berolok-olok saja?".
Dari ucapan mereka itu dapatlah diketahui bahawa hati mereka mulai tergugah, kerana ucapan sedemikian itu belum pernah terdengar di kalangan mereka. Ditambah lagi apabila melihatkan akan sikap Nabi Ibrahim yang bersungguh-sungguh dan keras dalam ucapannya, maka hati mereka mulai ragu-ragu terhadap kebenaran dan perbuatan mereka sendiri sebagai penyembah patung. Lalu mereka meminta kepada Nabi Ibrahim agar memberikan bukti-bukti dan alasan-alasan yang menunjukkan kebenaran ucapan kepada mereka. Jika Nabi Ibrahim tidak dapat memberikan bukti-bukti tersebut, maka mereka akan menganggap bahwa Nabi Ibrahim hanyalah mahu memperolok-olok mereka saja.

Lalu Nabi Ibrahim pun menerangkan kepada mereka bahwa ia datang membawa kebenaran, bukan berolok-olok, yaitu bahawa Tuhan mereka adalah Tuhan langit dan Bumi. Dialah yang patut disembah, kerana Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi itu dan menciptakan diri mereka, serta memberikan rahmat dan perlindungan-Nya kepada semua makhluk-Nya, karena Ia Maha Kuasa dan Maha Pengasih.

Dan Nabi Ibrahim memberikan jaminan bahwa apa yang diucapkannya tadi adalah benar dan ada bukti dan alasannya. Bukan seperti mereka yang mengatakan sesuatu tetapi tidak mempunyai bukti. Sebagai seorang saksi, maka tiap-tiap yang didakwakan mestilah mempunyai bukti. Maka manakah bukti yang membenarkan dakwaan mereka bahawa patung berhala yang mereka sembah itu adalah tuhan?  Dengan demikian maka sedarlah mereka bahawa menyembah Allah adalah jalan yang benar, sedangkan menyembah patung dan menyembah berhala adalah kesesatan yang besar.

Setelah mengemukakan bukti yang menunjukkan dakwaan Nab Ibrahim, beliau mengancam pula hendak memusnahkan berhala-berhala yang mereka sembah itu. Dan ini juga sebagai bukti bahwa dia bukan hanya berani bercakap, malahan beliau juga berani bertindak menghapuskan perkara yang salha dan mungkar. Ini dilakukan semata-mata didorong oleh imannya yang kuat dan cemburu terhadap agama, supaya yang dikatakannya itu terbukti dengan perbuatan.

Nabi Ibrahim telah bersumpah dengan nama Allah yang Maha Agung untuk berusaha membinasakan patung-patung tersebut semasa kaumnya pergi beredar keluar kota menghadiri suatu perayaan. Dan begitulah Nabi Ibrahim pun melaksanakan sumpahnya, supaya kaumnya mengetahui bahwa mereka berada di dalam kesesatan, dan hanya dpat dibetulkan dengan cara yang halus lagi sempurna.