Wednesday, April 1, 2015

Surah Al Anfal - Pengenalan

Pengenalan

Surah Al Anfal ini mengandungi 75 ayat, diturunkan selepas surah Al Baqarah. Kerana pada ayat pertama dalam surah ini ada menyebut tentang al Anfal itu, iaitu hartabenda kepunyaan musuh yang dirampas semasa peperangan. Semua ayatnya diturunkan di Madinah, kecuali ayat 30 hingga 35, iaitu sebanyak 6 ayat diturunkan di Mekah. Tetapi yang muktamad diturunkan di Madinah, sebagai mengingatkan tentang peristiwa-peritstiwa yang terjadi di Mekah.

Surah ini dinamakn Al Anfal ertinya ‘ rampasan perang’ kerana mempunyai hubungan dengan hal tersebut. Kalau dalam surah Al A’raf yang lalu ada diceritakan tentang peristiwa yang berlaku di antara rasul-rasul yang terdahulu dengan kaum mereka masing-masing,maka dalam ayat ini diterangkan pula kisah antara nabi Muhammad saw dengan kaumnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.