Thursday, May 14, 2015

Pengenalan Surah Yunus

Pengenalan

Surah Yunus ini adalah surah Makkiah yang berjumlah 109 ayat. Diturunkan selepas Surah Isra’ dan Surah Isra’ itu diturunkan selepas Nabi Isra’ Mi’raj.  Surah Yunus ini menekankan tentang tauhid kepada Allah dan juga tentang kenabian Nabi Muhammad. Inilah dua perkara yang diulang-ulang di dalam surah-surah Makkiyah. Surah ini juga mengajar kepada kita tentang qada’ dan Qadar Allah.

Surah Yunus ini adalah tafsir bagi surah Zumar. Dalam surah Yunus ini diberikan dengan lebih mendalam contoh-contoh supaya kita lebih faham lagi dengan perkara-perkara yang sudah disentuh dalam Surah Zumar.

Surah ini juga berkenaan Syafaat. Juga tentang berkat. Ianya hendak menekankan bahawa Allah tidak terkesan dengan kedudukan makhlukNya. Jadi kalau kita bodek wali, Nabi malaikat pun, tidaklah Allah terkesan. Kalau dalam dunia, ini dinamakan mengunakan ‘orang dalam’ dan rasuah. Kalau ianya terjadi dalam kehidupan dunia, jangan pula kita rasa yang dalam kerajaan Allah pun begitu juga.

Ramai yang sudah meminta syafaat kepada mereka yang sudah mati. Itu adalah perbuatan yang karut. Kerana yang diminta tolong itu sudah mati. Mereka tak tahu pun apa yang kita minta kepada mereka.

Keduanya, kalaulah ada makhluk yang boleh paksa Allah itu ada, mestilah dia akan duduk di sebelah Allah di Mahsyar nanti. Tapi ayat 4 memberitahu kita bahawa semua makhluk akan berada di hadapan Allah menunggu untuk diadili juga. Jadi tidak ada sesiapa yang boleh tolong sesiapa. Melainkan kalau diberikan izin oleh Allah.

Suruh Yunus ini ada banyak kaitan dengan surah Hud. Ada penyambungan kisah antara keduanya. Surah Makkiah memberi semangat kepada Muslim yang awal untuk bersabar dan berpegang dengan agama. Banyak perkara diulang-ulang supaya lebih memantapkan lagi pemahaman manusia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.