Thursday, May 14, 2015

Surah Yunus Ayat 1 Hingga ayat 20

Surah Yunus Ayat 1

Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.”

Alif laam raa.
Kita tidak tahu makna huruf ini kerana ianya adalah perkara ghaib.
Huruf-huruf sebegini dinamakan huruf muqattaah. Dari segi bahasa bermaksud: huruf yang dipotong-potong. Kita tidak tahu dengan pasti apakah maksudnya. Tidak difahami kerana tidak diajar oleh Nabi. Hanya Allah saja yang mengetahui maksudnya. Pengajaran yang kita boleh ambil adalah: Kalau Tuhan tak mahu ajar kepada kita, kita tak dapat tahu walau satu benda pun. Maka kita sangat bergantung kepada Allah untuk mendapatkan ilmu. Allah akan buka kefahaman sesuatu perkara itu kepada mereka yang Dia nak berikan pengetahuan. Ayat ini juga menunjukkan kepada kita bahawa ada banyak lagi perkara yang Tuhan tak beritahu kepada kita. Ianya merendahkan diri kita. Kita sedar bahawa kita tidak berilmu sebenarnya.

Hanya bahagian kedua dari ayat ini sahaja yang kita boleh memulakan tafsir. Bahagian kedua ini menjelaskan bahawa Quran ini bukanlah kitab yang biasa. Ianya adalah satu kitab yang penuh hikmah. Jadi jangan kita pandang ringan kepada Quran ini. Sesiapa yang belajar tafsir Quran akan mendapat hikmah. Oleh kerana itu, kalau kita memerlukan panduan dalam kehidupan kita maka kita hendaklah merujuk kepada Quran. Panduan itu bukan hanya untuk dunia sahaja, tapi untuk akhirat.

Adakah Quran yang penuh hikmah ini hanya dibaca sahaja tanpa dipelajari isi kandungnya? Malangnya, itulah yang banyak dilakukan oleh masyarakat kita. Ada yang hari-hari akan membaca Quran tetapi mereka tidak mengambil pelajaran daripada apa yang mereka baca itu. Oleh itu, mereka banyak melakukan kesalahan yang bertentangan dengan ayat-ayat yang mereka baca sendiri. Kerana mereka macam burung kakak tua yang menyebut sahaja dengan mulut mereka, tetapi tidak faham apa yang mereka sebutkan.

Perkataan “tilka” yang maksudnya ‘itulah’ adalah kata penunjuk yang bermaksud sesuatu yang ditunjuk itu adalah jauh. Kenapakah begitu? Perkataan ‘tilka’ digunakan dalam Bahasa Arab untuk dua kegunaan: Pertama, untuk memberitahu kepada kita bahawa sesuatu yang ditunjuk itu jauh. Keduanya, untuk memberitahu kepada kita bahawa perkara yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang tinggi dan mulia. Penggunaan kedua inilah yang digunakan dalam ayat ini. Dalam perkataan tilka ini pun Allah sudah isyaratkan tentang kehebatan Quran itu. Jangan kita pandang ringan sahaja Quran yang di tangan kita. Belajarlah apakah maksud yang hendak disampaikan oleh Allah.

Perkataan ‘hakim’ dalam ayat ini adalah bermaksud ‘kebijaksanaan’. “hakim’ juga boleh dikatakan diambil dari kata dasar ‘hukum’. Ia bermaksud hukum agama yang menentukan manakah yang halal dan manakah yang haram. Terdapat banyak sekali hukum-hukum di dalam Quran ini. Hukum itu semuanya untuk kebaikan kita juga. Supaya kehidupan kita selamat dari sengsara dunia dan sengsara akhirat. Selain dari itu, hukum-hukum yang diberikan adalah untuk memberitahu kita apa yang perlu kita lakukan dan apa yang kita perlu tinggalkan.

Secara ringkasnya, dalam ayat ini, Allah memperkenalkan Quran kepada kita. Dalam ayat yang pendek, Allah menyebut sifat-sifat Quran kepada kita supaya kita tahu dan kita ingat balik.


Surah Yunus Ayat 2

“Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata."

Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): “Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: “Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata.”

Allah marah kepada manusia yang merasa hairan bagaimana wahyu boleh diturunkan kepada manusia. Perkataan أَكَانَ  boleh dibaca: “Adakah patut?” Adakah patut mereka berfikiran begini? Ayat ini juga bermaksud ‘takjub’. Iaitu takjubnya kita dengan mereka yang rasa hairan dengan penurunan wahyu ini. Macam kalau ada orang yang melakukan perkara yang pelek, kita akan takjub dengan dia. Kita kata dalam hati kita: “kenapalah dia buat perkara macam ni?”

Lelaki yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Nabi Muhammad. Mereka hairan bagaimana seorang manusia biasa boleh dapat wahyu? Pada mereka, sepatutnya wahyu itu disampaikan oleh malaikat. Tapi dakwah tidak sesuai disampaikan oleh makhluk yang lain jenis kerana ianya tidak akan sampai. Kerana itu, Nabi-nabi dibangkitkan dari jenis manusia.

Mereka juga hairan kenapa ianya diturunkan kepada seorang lelaki berbangsa Arab. Sudahlah manusia, dari kalangan bangsa Arab pula. Tambahan pula, pada mereka, bangsa Arab dari dulu lagi tidak mendapat wahyu, tidak ada kitab; Ini pun tidak ada masalah. Kerana sepatutnya yang memberi peringatan hendaklah datang dari kalangan penduduk setempat, yang tahu bahasa, tahu amalan dan adat resam mereka. Supaya lebih jelas apa yang hendak disampaikan.

Musyrikin Mekah kata ada lagi yang lebih hebat yang mereka rasa lebih layak untuk mendapatkan wahyu. Mereka kata ada dua orang lagi yang lebih sesuai untuk diberikan wahyu oleh Allah. Musyrikin Mekah juga tidak dapat terima yang wahyu diturunkan kepada seorang lelaki yang bernama Muhammad itu. Kerana bagi mereka, Nabi Muhammad itu tidak ada kedudukan dalam masyarakat. Membaca tidak tahu, tidak pandai berpuisi, anak yatim piatu, miskin dan macam-macam lagi kekurangan yang mereka nampak pada Nabi Muhammad pada mata mereka. Anggapan ini adalah seolah-olah Allah tidak tahu bagaimana hendak memilih siapa yang Dia hendak berikan wahyu. Sesungguhnya adalah tidak layak bagi mereka untuk  mempersoalkan keputusan Allah.

Macam orang kita sekarang. Kadang-kadang ada antara kita yang asalnya tidak pandai agama. Baca Quran pun tak lancar. Tapi mereka telah diberikan fahaman Quran kerana mereka belajar. Adakah kita rasa hairan dengan mereka itu sepertimana musyrikin Mekah hairan dengan Nabi Muhammad yang mendapat wahyu? Kita pula rasa macam tak sesuai kalau seorang yang dulunya nakal, tapi sekarang sudah pandai agama? Sudah boleh berdakwah? Sudah boleh menegur mereka? Mereka pun mulalah mengejek pendakwah itu dengan berkata: “Bukankah kau dulu nakal, suka kacau sana dan sini? Sekarang kau pula nak nasihat kepada kami?”.

Ingatlah bahawa Allah boleh memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Bukan kedudukan kita untuk mempersoalkan hak Allah itu.

Sesungguhnya sikap mereka yang seperti ini terhadap rasul yang diutus Allah adalah sama seperti  manusia-manusia yang terdahulu yang telah diutus para rasul kepada mereka sebagaimana tersebut dalam firman Allah swt.:
"Dan apakah kamu (tidak percaya) dan hairan bahwa datang kepadamu peringatan dari Tuhanmu dengan perantaraan seorang laki-laki dari golonganmu agar dia memberi peringatan kepadamu dan mudah-mudahan kamu bertakwa dan supaya kamu mendapat rahmat."
(Q.S. Al-A'raf: 63)
Sikap mereka yang demikian itu adalah kerana rasa dengki yang telah terpendam dalam hati mereka, apapun bukti yang dikemukakan, mereka tidak akan beriman sehingga Allah menurunkan azab kepada mereka. Allah berfirman:
“Dan kalau Kami jadikan Rasul itu (dari) malaikat tentulah Kami jadikan dia berupa seorang laki-laki dan (jika Kami jadikan dia seorang laki-laki) Kami pun akan jadikan mereka tetap ragu sebagaimana kini mereka ragu. Dan sungguh telah diperolok-olokkan beberapa rasul sebelum kamu, maka turunlah kepada orang-orang yang mencemoohkan di antara mereka balasan (azab) olok-olokkan mereka.”
(Q.S. Al-An'am: 9, 10)

Allah swt. menerangkan tugas utama dari seorang laki-laki yang diberi-Nya wahyu dan yang diangkat menjadi rasul itu, ialah:
1. Memberikan peringatan kepada manusia supaya menerangkan kepada mereka tentang keesaan Allah, adanya hari kebangkitan dan hari pembalasan, adanya hukuman dari Allah swt. bagi semua orang yang tidak mengikuti agama-Nya. Menerangkan kepada manusia ketentuan-ketentuan, perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan sebagainya.
2. Memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengikuti seruan Rasul, bahwa mereka memperoleh pahala yang besar dari Allah kerana telah melakukan perbuatan-perbuatan yang benar dan terpuji.
Setelah orang-orang Arab melihat pengaruh Alquran yang amat besar pada jiwa dan hati orang-orang yang beriman serta kehidupan mereka, maka mereka mengatakan bahwa Muhammad saw. adalah seorang tukang sihir, dan Alquran itu mereka namakan sihir. Mereka menamakan Alquran sihir kerana mereka melihat kuatnya pengaruh Alquran pada hati orang-orang yang beriman, besar pengaruhnya pada tingkah laku dan perbuatannya, sehingga dapat memisahkan antara dua orang yang dahulunya bersaudara, antara seseorang dengan bapak, ibu, isteri dan anak-anaknya. Mereka itu, kerana sangat cinta kepada Allah swt. dan Rasul-Nya seolah-olah cinta kasih mereka berkurang kepada anak-anak, isteri dan sebagainya.

Telah diketahui oleh orang-orang yang beriman bahwa Alquran itu bukan sihir, bukan sesuatu yang dapat dijadikan guna-guna, tetapi merupakan kumpulan dari petunjuk-petunjuk Allah, menerangkan hal-hal yang berhubungan dengan keimanan, dasar-dasar hukum, akhlak, perbuatan yang baik yang diredhai Allah, cara-cara membersihkan jasmani dan rohani dari segala macam najis, berisi seruan kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Manakala Nabi Muhammad saw. itu adalah rasul Allah yang menyampaikan Alquran itu kepada manusia dan Alquran itu juga merupakan nikmat dan mukjizat baginya untuk menguatkan kerasulannya.

Kerana kaum Muslimin sangat merasakan faedah dan petunjuk ayat-ayat Alquran pada diri mereka, dan kebenaran semua yang tersebut di dalamnya, maka mereka mengikuti dengan sepenuh hati, mengikuti semua petunjuknya yang berlainan dengan petunjuk kemusyrikan, mencontoh akhlak Nabi Muhammad saw. yang berbeza dengan akhlak nenek moyang mereka, mengikuti adat-kebiasaan Nabi yang berbeda dengan adat kebiasaan nenek moyang mereka. Mereka lebih mencintai orang yang beriman dari orang lain, sekalipun orang lain itu adalah ibu bapa mereka dan sebagainya. Dengan demikian orang-orang kafir melihat seolah-olah yang beriman telah kena sihir oleh Nabi Muhammad saw. dan mereka menganggap Nabi  Muhammad saw. sebagai tukang sihir.


Surah Yunus Ayat 3

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

Allah mengingatkan manusia siapakah Tuhan mereka. Termasuk kepada puak musyrikin yang menyembah kepada sembahan yang lain. Walaupun mereka menyembah kepada yang lain, tapi Allah tetap Tuhan mereka. Rabb bermaksud Tuhan yang mencipta, memelihara dan memiliki semua makhluk. Semua keperluan makhluk diberi olehNya.

Allah menerangkan bahwa Dialah yang menjadikan alam semesta yang luas ini. Alam ini bukan terjadi sendiri seperti kata saintis yang atheis itu, tetapi Allah lah yang menjadikan alam ini. Adakah lagi tuhan yang lain yang boleh menjadikan alam ini? Tentu tidak ada. Dialah juga yang mengatur perjalanan tiap-tiap planet, sehingga satu sama lain tidak berlaga, dan Dia juga yang menciptakan bumi dan segala isi yang terkandung di dalamnya, dari yang kecil sampai kepada yang besar.

Allah beritahu dalam ayat ini bahawa alam ini dijadikan dalam ‘enam masa’. Tapi dengan tepat berapa lama, kita tidak dapat tahu. Tiada ada siapa yang tahu. Allah boleh sahaja menjadikan alam ini dalam sekelip mata. Tapi Allah hendak mengajar kita bahawa dalam melakukan perkara yang penting, perlu mengambil masa yang lama. Perlu ada perancangan.

Tentang `Arasy Tuhan ini diterangkan Rasulullah saw. ketika kepadanya diajukan pertanyaan:
“Bersabda Rasulullah: "Dahulu Allah telah ada dan belum ada sesuatu pun sebelum-Nya dan adalah Arasy-Nya di dalam air, kemudian Dia menciptakan langit dan bumi, dan menulis segala sesuatu di Lohmahfuz.”
(H.R. Bukhari dalam Kitabut Tauhid)

Ini adalah ayat mutashabihah, yang kita tidak tahu apakah maksudnya. Semua Imam mazhab dan Imam hadis menerima yang Allah bersemayam di Arash. Bersemayam itu dalam bahasa Melayu kita adalah ‘duduk’. Hanya puak Jahmiyah sahaja yang menolak Allah bersemayam di Arash. Ayat mutashabihah adalah ayat-ayat yang kita faham apabila kita baca, tapi kita tidak tahu cara bagaimana. Kita tahu Allah duduk di Arash, tapi bagaimana caranya, kita tidak tahu. Allah bersemayam selayak dengan kedudukanNya.

Ayat ini adalah antara ayat yang memecah belahkan umat Islam di negara kita. Panjang perbincangan tentang ayat ini. Kita tidak mahu memanjangkan perbincangan itu di sini. Kita sebagai seorang Islam, sepatutnya menerima apa sahaja yang Allah sampaikan dalam ayatNya. Bukan layak bagi kita untuk mengubah maksud yang telah disampaikan oleh Allah. Kalau Allah kata Dia bersemayam di Arash, maka begitulah yang kita terima. Kita taat dan kita patuh.

“...Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. “
Syafaat bermaksud ‘pertolongan’. Syafaat hanya boleh diberikan apabila Allah izinkan. Samada syafaat di dunia atau di akhirat. Musyrikin Mekah tahu yang Allah itu Tuhan yang menciptakan mereka dan menjadikan alam ini. Tapi pada fahaman mereka, mereka akan lebih dekat dengan Allah kalau mereka menggunakan Syafaat dari yang lain. Iaitu mereka akan bertawasul. Niat mereka adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah. Sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Az-Zumar ayat 3 yang bermaksud:
“Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya”. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.”

Ayat ini membantah dakwaan orang-orang kafir bahwa berhala yang mereka sembah itu dapat memberi syafaat kepada mereka di hari kiamat. Hal ini ditegaskan oleh firman Allah swt.:
“Dan berapa banyaknya malaikat di langit, syafaat mereka sedikit pun tidak berguna kecuali Allah mengizinkan bagi orang yang dikehendaki dan diridai-(Nya).”
(Q.S. An Najm: 26)

Sebenarnya orang-orang Arab jahiliah mengakui bahwa Allah sendirilah yang menciptakan alam ini, tidak bersekutu dengan siapa pun, tetapi mereka mempersekutukan Allah dengan yang lain dalam menyembah-Nya. Mereka menyembah berhala di samping menyembah Allah.

Allah yang mencipta alam ini, menguruskan segalanya itulah Tuhan kamu. Bukannya yang lain. Kalau ada yang boleh cipta alam lain, boleh pula tadbir alam itu, barulah layak dipanggil tuhan. Tapi tidak ada lain lagi yang boleh melakukan seperti Allah. Maka, kalau Dia lah Tuhan kita, apa yang perlu lakukan?

Inilah tuntutan hidup kita. Hanya Allah sahaja yang layak disembah. Yang Allah sahaja yang layak dipuja, diibadati, tempat kita minta doa, tempat kita tawakal, tempat kita minta pertolongan. Bukanlah kita lakukan perkara-perkara itu dengan yang selain Allah.

Begitu juga lah kebanyakan masyarakat Islam kita yang tidak belajar tafsir Quran. Mereka tidak faham bagaimana konsep *hanya* menyembah Allah. Kerana itu mereka ada amalan ibadat yang dilakukan kepada selain dari Allah juga. Antaranya, mereka akan berdoa kepada selain dari Allah.


Surah Yunus Ayat 4

KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.”

Kita semua akan *terus* dihadapkan kepada Allah. Tidak melencong ke tempat lain. Ini berlawanan dengan kepercayaan musyrikin Mekah dan mereka-mereka yang berakidah yang sama dengan mereka. Mereka sangka yang mereka akan bertemu dengan ‘pemberi-pemberi Syafaat’ mereka. Ini adalah kesinambungan dari ayat 3 sebelum ini tentang hal Pemberi Syafaat.

Mereka sangka sembahan-sembahan mereka semasa di dunia dahulu akan memberi pertolongan kepada mereka dalam bentuk Syafaat. Pada mereka, sembahan-sembahan mereka itu akan menjadi seperti ‘peguam’ yang akan membawa kes mereka kepada Tuhan. Macam kita di mahkamah, kita tidak perlu bercakap pun, sebab kita dah upah peguam kita untuk mewakili dan membela kita. Maka, mereka sangka berhala yang mereka sembah, malaikat yang mereka sembah dan apa-apa lagi yang mereka sembah itu, akan menunggu mereka di akhirat kelak. Mereka sangka mereka akan bertemu dengan sembahan mereka itu dahulu sebelum bertemu dengan Allah. Itu pun kalau akhirat terjadi, kerana mereka bukan percaya ada kehidupan akhirat pun. Tapi, pada mereka, kalau ada akhirat pun, mereka akan selamat. Mereka sangka mereka tak perlu pun untuk menjawab dengan Allah kerana mereka dah ada ‘peguam’.

Begitu jugalah pemahaman agama lain seperti agama Buddha. Penganut agama Buddha sangka mereka akan dikumpulkan kepada Gautama Buddha dan beliau akan mewakili mereka untuk berjumpa dengan Tuhan. Begitu juga dengan penganut Kristian, mereka sangka mereka akan bertemu dengan Jesus di akhirat kelak yang mereka sangka akan membela mereka. Begitu jugalah pemahaman penganut agama lain.

Anggapan itu semua adalah anggapan yang salah kerana ayat ini menekankan kepada kita bahawa kita semua akan *terus* dibawa kepada Allah SWT. Apabila terus dibawa kepada Allah, maknanya, kita terus kena jawap kepada Allah. Tidak ada yang akan mewakili kita dan mempertahankan kita. Kita kena berharap kepada diri kita sahaja dan amalan kita. Jangan berharap kepada orang lain.

Kenapa Allah bawa kita kembali kepadaNya?  Kerana Allah telah berjanji bahwa sesiapa yang berbuat kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, dan sesiapa yang berbuat jahat akan dibalas dengan azab. Allah bawa kita kepadaNya untuk memenuhi janjiNya yang telah diberikan kepada kita.

Kemudian Allah menjelaskan pula bahwa Allah lah yang mula-mula mencipta segala sesuatu. Sebelum itu, tidak pernah dicipta sebegitu. Allah tidak memerlukan contoh untuk mencipta makhluk. Macam kita, kalau kita cipta sesuatu, sebenarnya dah ada contoh. Kita buat kereta, berdasarkan contoh kereta atau alat pengangkutan yang telah ada sebelum ini.

Allah juga menciptakan sesuatu tanpa perlu ada apa-apa. Macam kita, kalau kita mencipta kereta, kita perlu besi, perlu plastik, perlu getah untuk tayar dan sebagainya. Allah tidak perlukan apa-apa pun.

Setelah Allah mencipta makluk lalu Allah mematikannya. Dan kemudian Allah menghidupkan kembali makhluk itu di hari pembangkitan. Penciptaan makhluk oleh Allah swt. pada pertama kalinya itu dapat dijadikan dalil bahwa Allah berkuasa pula untuk menciptakan makhluk-Nya pada kali kedua atau membangkitkannya kembali. Mengulangi kembali menciptakan sesuatu itu adalah lebih mudah dari menciptakan pertama kalinya.
Allah swt. berfirman:
“Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya.”
(Q.S. Ar Rum: 27)

Demikian kuatnya bukti yang dikemukakan Allah tentang hari kimat sehingga Dia menyatakan bahwa jika masih ada orang yang mengingkarinya bererti ia telah lupa kepada kejadian dirinya sendiri. Allah swt. berfirman:
“Dan apakah manusia tidak melihat bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata, dia akan membuat perumpamaan bagi Kami, dan dia lupa kepada kejadiannya, ia berkata: "Siapakah yang menghidupkan tulang-belulang yang telah hancur luluh."
(Q.S. Yasin: 77, 78

Masih terdapat orang-orang yang tidak mahu percaya kepada adanya hari kebangkitan itu sekalipun telah dikemukakan dalil-dalil kepada mereka, maka Allah mengancam mereka dengan neraka Jahanam sebagaimana yang tertulis pada ayat berikut:
“Demi Tuhanmu, sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama syaitan, kemudian akan Kami datangkan mereka ke sekeliling Jahanam dengan berlutut.”
(Q.S. Maryam: 68)

Kenapa Allah jadikan makhluk dan kemudian menghidupkan kembali?   Tujuan Allah menghidupkan kita semula adalah untuk memberikan balasan kenikmatan kepada mereka yang telah beriman. Beriman yang dimaksudkan adalah ‘beriman sempurna’. Allah tidak akan mengurangi sedikit pun dari apa yang telah mereka lakukan. Tujuan ini dijelaskan oleh firman Allah:
“Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.”
(Q.S. Al-Anbiya': 47)

Allah swt. memberikan pembalasan yang adil, tidaklah bererti Allah tidak akan melebihkan pahala yang akan diberikan-Nya itu, bahkan Dia akan melipatgandakannya sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya:
“Adapun orang-orang yang beriman dan berbuat amal saleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambah untuk mereka sebagian dari karunia-Nya. Adapun orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih dan mereka tidak akan memperoleh bagi diri mereka pelindung dan penolong selain daripada Allah.”
(Q.S. An Nisa': 173)

Terhadap semua orang kafir yang mengingkari keesaan Allah dan adanya hari berbangkit, mereka akan mendapatkan pembalasan yang setimpal dengan kejahatan yang telah mereka lakukan. Di antaranya ialah mereka diberi minum dengan air panas yang mendidih yang menghancurkan usus-usus mereka. Di samping itu mereka akan memperoleh azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka itu.


Surah Yunus Ayat 5

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

Ayat ini menerangkan bahwa Allah swt. yang menciptakan langit dan bumi dan yang bersemayam di atas `Arasy-Nya Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya. Matahari dengan sinarnya adalah sebagai dasar hidup dan kehidupan, sumber panas dan tenaga yang dapat menggerakkan makhluk-makhluk Allah yang diciptakan-Nya. Dengan cahaya bulan dapatlah manusia berjalan dalam kegelapan malam dan bersenang-senang melepaskan telah di malam hari.

Ayat ini membezakan antara yang dipancarkan matahari dan yang dipantulkan oleh bulan, yang dipancarkan oleh matahari disebut "diya" (sinar), sedang yang dipantulkan oleh bulan disebut "nur" (cahaya). Pada firman Allah swt. yang lalu dijelaskan:
“Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita."
(Q.S. Nuh: 16)

Dari ayat-ayat ini difahami bahwa matahari memancarkan sinar yang berasal dari dirinya sendiri bukan dari yang lain sebagaimana pelita memancarkan sinar dari dirinya sendiri, yakni dari api yang membakar pelita itu. Lain halnya dengan bulan yang cahayanya berasal dari sinar yang dipancarkan matahari ke permukaannya, kemudian dipantulkannya sinar itu yang berupa cahaya ke permukaan bumi.
Hal ini dijelaskan pula oleh firman Allah swt.:
“Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya.”
(Q.S. Al-Furqan: 61)

Dalam hakikat dan kegunaannya terdapat perbezaan antara sinar matahari dan cahaya bulan. Sinar matahari lebih keras dari cahaya bulan. Sinar matahari itu terdiri atas tujuh warna dasar sekalipun dalam bentuk keseluruhannya kelihatan berwarna putih, sedang cahaya bulan adalah lembut, dan menimbulkan ketenangan bagi orang yang melihat dan merasakannya. Demikian pula kegunaannya. Sinar matahari sebagai disebutkan di atas adalah sebagai sumber hidup dan kehidupan, sumber gerak tenaga dan energi. Manakala sinar bulan adalah sebagai penyuluh di waktu malam.

Tidak terhitung banyak kegunaan dan faedah sinar matahari dan cahaya bulan itu bagi makhluk Allah pada umumnya, dan bagi manusia pada khususnya. Semuanya itu sebenarnya dapat dijadikan dalil tentang adanya Tuhan Yang Maha Esa bagi orang-orang yang mahu menggunakan akal dan perasaannya.

Allah swt. menerangkan bahwa Dia telah menetapkan garis edar dari bulan itu dan menetapkan manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanannya. Pada tiap-tiap malam bulan melalui suatu manzilah. Sejak dari manzilah pertama sampai manzilah terakhir memerlukan waktu antara 29 atau 30 malam atau disebut satu bulan. Dalam sebulan itu bulan hanya dapat dilihat selama 27 atau 28 malam, sedang pada malam-malam yang lain bulan tidak dapat dilihat sebagaimana firman Allah swt.:
“Dan telah kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah sehingga (setelah dia sampai manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua.”
(Q.S. Yasin: 39)

Maksud ayat ialah bulan itu pada awal bulan adalah kecil berbentuk sabit, kemudian setelah melalui manzilah ia bertambah besar sampai menjadi purnama, setelah itu kembali beransur-ansur kecil dan bertambah kecil yang kelihatan seperti tanduk yang melengkung, akhirnya menghilang dan muncul kembali pada permulaan bulan.
Allah swt. berfirman:
“Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.
(Q.S. Ar Rahman: 5)

Allah swt. menjadikan bulan dan menjadikannya beredar menjalani garis edar dalam manzilah-manzilahnya agar dengan demikian manusia dengan mudah mengetahui bilangan tahun, perhitungan waktu, perhitungan bulan, penentuan hari, jam, detik dan sebagainya sehingga mereka dapat membuat rencana untuk dirinya, untuk keluarganya untuk masyarakat, untuk agamanya serta rencana-rencana lain yang berhubungan dengan hidup dan kehidupannya sebagai anggota masyarakat dan sebagai hamba Allah. Allah berfirman:

“Dan dijadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu terang agar kamu mencari karunia dari Tuhanmu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas.”
(Q.S. Al-Isra': 12)

Dengan mengetahui perhitungan tahun, waktu hari dan sebagainya, dapatlah manusia menetapkan waktu-waktu salat, waktu puasa, waktu menunaikan ibadah haji, waktu turun ke sawah dan sebagainya.

Allah menciptakan matahari bersinar dan bulan bercahaya yang bermanfaat bagi hidup dan kehidupan semua makhluk itu adalah berdasarkan kenyataan, keperluan dan mempunyai hikmah yang tinggi. Dan Allah menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya itu kepada orang-orang yang mahu menggunakan akal fikirannya dengan benar dan kepada orang-orang yang mengakui kenyataan dan beriman berdasarkan bukti-bukti yang diperolehnya itu. Atau dengan perkataan lain tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah ini tidak akan berfaedah sedikit pun bagi orang-orang yang tidak mahu mencari kebenaran yang hatinya dipenuhi oleh rasa dengki dan rasa fanatik kepada kepercayaan yang telah dianutinya.



Surah Yunus Ayat 6

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa. “

Ayat ini menerangkan bagaimana malam dan siang datangnya silih berganti selepas satu sama lain. Selepas siang maka datangnya malam dan selepas malam maka datangnnya siang. Begitu juga terdapat perbezaan yang ketara antara siang dan malam. Bagaimana siang itu cerah terang benderang dan malam itu gelap gelita. Ada isyarat tentang iman dalam perbezaan siang dan malam itu. Sebagaimana bezanya antara siang dan malam, begitu juga bezanya antara iman dan kufur.

Segala-galanya yang Allah telah ciptakan di dalam alam ini menjadi tanda. Allah berikan contoh penciptaannya di langit dan di bumi. Lihatlah bagaimana di langit, Allah jadikan galaksi, bintang-bintang, planet-planet, meteor-meteor dan sebagainya. Begitu juga Allah jadikan di langit dunia ini ada awan, ada ozone, ada air, ada pelangi dan sebagainya. Dan ada lagi penciptaan lain yang kita tidak tahu.

Dan di bumi pula berjenis-jenis kehidupan yang Allah telah ciptakan dari jenis tumbuh tumbuhan, binatang, manusia, batu-batuan, air dan macam-macam lagi. Tak cukup nyawa kita untuk mengkaji semua kehidupan yang Allah telah jadikan. Dalam kita hidup dalam zaman moden sebegini pun, masih ada lagi kehidupan lain yang kita tidak tahu. Saintis sentiasa sahaja sibuk mengkaji dan menemui kehidupan yang baru dalam alam ini.

Semua percintaan di langit dan dibumi itu adalah sebagai tanda kekuasaan Allah. Tanda itu diberitahu kepada semua, tetapi yang boleh menerima hanyalah mereka yang bertaqwa sahaja. Taqwa itu bermaksud mereka yang menjaga hukum yang Allah telah berikan. Berhati-hati dalam segenap kehidupannya untuk mengikut perintah Allah. Mereka sedar tentang Allah melihat setiap gerak gerinya. Dalam setiap perbuatannya, dia akan menilai samada perkara itu adalah halal, haram, sunat, makruh atau harus.

Maknanya, segala penciptaan itu menjadi tanda bukan sahaja kepada mereka yang ‘mahu mengetahui’, tetapi kepada mereka yang ‘mahu bertaqwa’. Ada beza antara keduanya. Kerana ‘mahu tahu’ sahaja tidak cukup. Berapa ramai orang kafir yang mahu tahu tentang Islam? Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mengkaji Islam. Tapi selepas mereka mengetahui tentang Islam, mereka tidak beriman. Mereka hanya mahu tahu dari segi akademik sahaja, bukan untuk dijadikan sebagai panduan hidup mereka. Maknanya, kalau setakat hanya ‘untuk tahu’ pun, tidak selamat lagi. Kita kena jadikan pengetahuan kita itu membawa kepada taqwa.


Surah Yunus Ayat 7 Dan 8

Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami,” (7)

“Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.” (8)

Ayat ini adalah tentang mereka yang tidak berharap untuk bertemu Tuhan mereka. Mereka tidak teringin untuk bertemu Allah yang telah menjadikan mereka. Mereka tidak teringat pun yang mereka akhirnya akan bertemu dengan Allah. Janganlah kita jadi begitu. Hendaklah kita setiap hari berdoa untuk bertemu dengan Allah. Takkan kita tidak teringin hendak bertemu dengan Allah yang telah menjadikan kita?

Apabila mereka tidak takut untuk bertemu dengan Allah, maka mereka tidak takut untuk melakukan apa sahaja semasa di dunia ini, termasuk melakukan dosa. Kerana itulah kita nampak ramai dari kalangan orang-orang Islam sendiri yang berbuat dosa seperti dosa-dosa itu tidak ada makna. Oleh itu, ayat ini adalah tentang mereka yang tidak mengharapkan balasan baik yang dijanjikan oleh Allah dan tidak takut kepada janji-janji azab daripada Allah jikalau mereka melakukan dosa.

Ayat ini juga tentang orang-orang yang tidak menaruh harapan untuk bertemu dengan Allah. Kenapa mereka sampai jadi begitu sekali? Ini adalah kerana Allah telah mengunci mati hati mereka dari mempunyai perasaan begitu. Ini bermakna, mereka ini Allah telah tutup hati mereka daripada menerima hidayah. Seperti yang Allah telah sebut di dalam Surah Al Baqarah Ayat 7 yang bermaksud:
“Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.”

Apabila telah dikunci mati hati, walaupun datang hidayah kepada mereka, mereka tidak nampak dan mereka tidak terima. Dan kenapa pula Allah kunci mati hati mereka? Tidakkah ini seperti berlaku kejam kepada mereka? Kita kena ingat bahawa mereka ini tidaklah dikunci hati mereka dari mula lagi. Mereka ini adalah orang-orang yang telah diberi peringatan dan ajakan tauhid berkali-kali tetapi setiap kali mereka menolak dan tidak mahu mendengar kebenaran. Apabila sudah banyak kali menolak kebenaran yang disampaikan kepada mereka, maka barulah Allah menutup hati mereka daripada menerima hidayah kerana Allah nak masukkan mereka ke dalam neraka.

Ini adalah satu perkara yang menakutkan. Kerana perkara ini bukan hanya terjadi kepada orang-orang yang kafir sahaja, tetapi terjadi juga kepada orang-orang yang pada zahirnya Islam dan mengaku beragama Islam, melakukan ibadat-ibadat Islam tetapi dalam masa yang sama mereka menolak ayat-ayat Qur’an.

Apabila Allah sudah kunci mati hati seseorang itu, maka tidak ada keinginan di dalam hatinya untuk meminta ampun. Walaupun mereka telah melakukan kesalahan, tapi mereka tidak teringat untuk meminta ampun atas dosa-dosa mereka. Padahal Allah telah beritahu kepada kita bahawa Dia Maha Pengampun. Kalau kita minta ampun kepada Allah, tentu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita. Tetapi mereka yang telah dikunci mati hati mereka, langsung tidak teringat untuk meminta ampun kepada Allah dan kerana itu, dosa mereka tidak diampun. Oleh itu, jikalau hati kita masih lagi terdetik untuk meminta ampun kepada Allah, maka ketahuilah bahawa itu adalah rahmat yang amat besar daripada Allah. Itu bermakna, Allah tidak kunci mati hati kita.

Ayat ini banyak diulang-ulang dalam surah ini nanti. Kerana ini adalah satu ayat yang penting.

Yang mereka mahukan hanyalah kesenangan hidup di dunia sahaja. Mereka rasa mereka sudah cukup, sudah puas, jikalau mereka dapat hidup senang di dunia ini. Macam mereka melihat kehidupan itu hanyalah kehidupan di dunia sahaja. Mereka tidak mahu memikirkan persediaan untuk menghadapi kehidupan di akhirat nanti.

Tidak salah untuk kita mencari kekayaan dan kelebihan dunia. Ianya hanya salah jikalau kita berhenti setakat itu sahaja. Sepatutnya kita kena mengharap kelebihan di akhirat lebih lagi dari kita mengharap kepada kelebihan dunia. Tetapi ramai dari kalangan kita yang apabila dapat kelebihan dunia, mereka tidak mengharapkan kelebihan di akhirat pula.

Mereka lalai untuk mempelajari ayat-ayat Allah. Mereka tidak rasa penting untuk mengetahui apakah yang hendak disampaikan di dalam Quran ini. Bila diajak untuk menghadiri kelas Tasir mereka tidak mahu datang. Oleh kerana itu, mereka lalai untuk taat kepada Allah.

Ayat-ayat Allah itu terbahagi kepada dua. Ada ayat-ayat yang berbentuk Quran dan juga ada ayat-ayat yang bermaksud ‘tanda-tanda’ dalam alam ini. Apabila mereka lalai dengan tanda-tanda yang ada di dalam alam ini, mereka tidak mengambil pengajaran dengan apa-apa sahaja yang berlaku kepada mereka. Mereka melihat alam yang amat indah ini, tapi mereka tidak rasa apa-apa. Mereka tidak rasa kehebatan Allah yang menjadikan alam ini. Apabila sesuatu terjadi kepada mereka, mereka tidak berfikir bahawa itu adalah hasil perbuatan dan qada’ Allah.

Dalam satu bahagian, mereka lalai dengan ayat-ayat Allah dalam bentuk Quran. Dan dalam bahagian yang lain, mereka juga tidak mengambil pengajaran daripada alam semesta yang Allah jadikan ini. Alam yang hebat ini sepatutnya menjadi tanda kepada kita tentang kewujudan Allah, kehebatan Allah, tetapi mereka tidak mengambil pengajaran darinya.

Mereka ini akan dimasukkan ke dalam neraka pun disebabkan oleh kesalahan yang mereka telah lakukan semasa di dunia. Bukan kerana sebab lain. Allah tidak zalim. Bukanlah Allah suka-suka nak masukkan mereka ke dalam neraka itu.


Surah Yunus Ayat 9

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.

Allah menyebutkan pula tentang orang-orang mukmin yang beramal saleh akan diberi pembalasan yang setimpal. Mereka yang beriman dengan apa yang wajib mereka imani, dengan tidak melakukan syirik. Tidak cukup dengan beriman sahaja, tapi iman itu perlu ditunjuk dengan melakukan amal ibadat juga. Iman dan amal saleh merupakan dua hal yang sangat erat hubungannya yang satu dengan yang lain dan saling bersangkut paut. Amat banyak ayat-ayat Alquran yang menerangkan keeratan hubungan itu.  Amal saleh  itu adalah dengan mengerjakan semua perintah dan suruhan Allah dan ajaran Nabi saw serta meninggalkan segala larangan Allah dan Nabi saw. Setelah melakukan semua perkara ini barulah seseorang itu dikatakan memiliki iman yang sempurna.

Iman ini adalah berupa keyakinan dan kepercayaan kepada adanya Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta dan Pemilik semesta alam, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba-Nya. Kerana sifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang ada pada-Nya itu, Dia menganugerahkan hidayah dan petunjuk bagi manusia agar mereka dengan petunjuk itu dapat berbahagia hidup di dunia dan di akhirat nanti. Petunjuk ini diakui oleh orang-orang yang beriman sebagai petunjuk dari Allah yang kewujudanNya adalah sebagaimana yang disebutkan dan yang dikemukakan contoh-contohnya di dalam Alquran dan hadis-hadis Nabi saw.

Jadi amal yang saleh yang dikerjakan oleh seorang muslim itu adalah bukti kepada imannya, atau dengan perkataan lain bahwa seseorang yang telah mengakui beriman itu tentulah ia suka mengerjakan amal saleh. Mustahil seseorang yang beriman tidak mengerjakannya.

Iman dan amal saleh ini menjadi sebab manusia hidup berbahagia di dunia dan di akhirat diberi balasan oleh Allah berupa syurga dengan demikian mereka telah sampai ke tingkat kehidupan rohani yang paling tinggi.


Surah Yunus Ayat 10

Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! “

Ayat ini menggambarkan tiga perumpamaan kehidupan orang-orang mukmin di syurga nanti yang dari tiga perumpamaan itu tergambar tingkatan kehidupan rohani yang tinggi yang telah dicapai mereka. Gambaran itu ialah:
1. Doa mereka, dimulai dengan menyebut "subhanaka Allahuma".
2. Salam penghormatan mereka ialah "Salam".
3. Akhir doa mereka ialah "Alhamdulillahi Rabbil `Alamin".

Doa ialah permohonan yang dipanjatkan kepada Yang Maha Agung dengan sepenuh hati dengan kata-kata yang penuh hormat, kerana merasakan keagungan tempat meminta. Pengakuan akan keagungan Allah itu diungkapkan dengan perkataan "subhanaka allahumma" (Maha Suci Engkau, Wahai Tuhan). Kalimat ini memberi pengertian bahawa Tuhan Maha Esa, hanya Dia sendirilah yang berhak disembah, yang berhak diagungkan. Setiap makhluk wajib menghambakan diri kepada-Nya selama-lamanya, baik di dunia mahupun di akhirat nanti. Makhluk yang seperti inilah yang berhak memperoleh kebahagiaan dan kenikmatan yang abadi pula.

Selanjutnya diterangkan salam penghormatan mereka ialah "Salam" yang maksudnya ialah agar sejahtera dan selamat dari yang tidak disukai dan diingini. Salam penghormatan ini telah selalu pula mereka ucapkan selama hidup di dunia.

Dalam surat Al-Ahzab ayat 44 diterangkan bahwa "Salam" itu pun merupakan salam yang diucapkan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman waktu mereka pertama kali menjumpai Allah di akhirat nanti. Allah swt. berfirman:
“Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah "Salam", dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.”
(Q.S. Al-Ahzab: 44)

Salam penghormatan ini pula yang diucapkan oleh para malaikat kepada mereka, waktu mereka pertama kali masuk syurga.
Allah berfirman:
“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya dibawa ke dalam surga berombong-rombongan (pula) sehingga apabila mereka sampai ke surga itu, sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu, maka masukilah surga ini, sedang kamu kekal di dalamnya."
(Q.S. Maryam: 62)

Dan salam penghormatan ini pulalah yang diucapkan oleh sesama orang-orang yang beriman di dalam syurga. Allah swt. berfirman:
“Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam surga kecuali ucapan "Salam". Bagi mereka rezekinya di surga itu tiap-tiap pagi dan petang.”
(Q.S. Az Zumar: 73)

Ketinggian kehidupan rohani yang dicapai oleh orang-orang yang beriman di dalam syurga nanti difahami pula dari setiap penutup doa dan permintaan yang mereka panjatkan kepada Allah swt., yaitu "Alhamdulillahi Rabbil `Alamin" (segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam). Ucapan ini pula yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman di waktu pertama kali masuk syurga. Allah berfirman:
“Dan mereka mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam surga di mana saja yang kami kehendaki. Maka surga itulah yang sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.”
(Q.S. Az Zumar: 74)

Dan ucapan ini pulalah yang diucapkan para malaikat di waktu mereka berada di sekeliling Arasy. Allah swt. berfirman:
“Dan kamu (Muhammad) akan melihat malaikat-malaikat berlingkar di sekeliling Arasy bertasbih sambil memuji Tuhannya dan diberi putusan di antara hamba-hamba Allah dengan adil dan diucapkan: "Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
(Q.S. Az Zumar: 75)

Dari ayat ini dapatlah difahami bahawa adalah wajib ke atas tiap-tiap orang yang beriman menyucikan jiwanya, dan membersihkan dirinya. Cara menyucikan jiwa dan membersihkan diri itu ialah dengan beribadat kepada Allah, mengendalikan hawa nafsu dan mengarahkannya kepada mengerjakan perbuatan yang baik dan amal yang saleh. Bukanlah membersihkan diri itu dengan menggunakan perantara, seperti menjadikan perantara orang-orang yang dianggap keramat dan dan mengharapkan syafaat daripadanya. Bahkan perbuatan yang demikian itu dapat menjurus ke arah kemusyrikan. Allah swt. berfirman:
“(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan ahli kitab. Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah.”
(Q.S. An Nisa': 123)

Tiga perumpamaan kehidupan rohani yang tinggi yang diperoleh oleh ahli syurga itu hendaklah selalu dibiasakan dan diamalkan oleh orang-orang yang beriman selama mana mereka hidup di dunia agar mereka memperoleh kebahagiaan yang abadi di akhirat pula.
 

Surah Yunus Ayat 11

Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya.

Ayat ini menerangkan salah satu sifat dan watak manusia ialah ingin disegerakan terjadi atas dirinya sesuatu keburukan, kemudaratan dan siksa sebagaimana keinginannya disegerakan datangnya kebaikan, kemanfaatan atau pahala. Padahal mereka telah mengetahui bahwa semuanya itu terjadi atas kehendak Allah sesuai dengan hukum-hukum-Nya dan sesuai pula dengan ketetapan dan aturannya. Allah swt. berfirman:
“Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunah (Allah yang berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapatkan penggantian bagi sunah Allah dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunah Allah itu.”
(Q.S. Fatir: 43)

Dan firman Allah swt.:
“Sebagai suatu sunatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunatullah itu.”
(Q.S. Al-Fath: 23)

Pada ayat-ayat Alquran yang lain dijelaskan sifat tergesa-gesa yang ada pada manusia sebagaimana firman Allah swt.:
“Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.”
(Q.S. Al-Isra': 11)

Sifat tergesa-gesa ingin memperoleh kebaikan dan kesenangan pada manusia itu adalah kerana keinginan mereka memperoleh sesuatu dengan segera manfaat dari sesuatu dalam waktu dekat, padahal mereka mengetahui bahwa segala sesuatu ada prosesnya. Untuk mengikuti proses satu usaha itu memerlukan keimanan yang kuat, kesabaran dan ketekunan. Mustahil mereka akan mencapai suatu kesenangan, tetapi mereka tidak berusaha mencapainya dengan mengikuti jalan-jalannya.
Lain halnya dengan keinginan manusia mengalami suatu siksaan, bahaya atau malapetaka. Keinginan ini timbul kerana kebodohan, kedurhakaan dan keingkaran mereka terhadap Nabi Muhammad saw. atau kerana mereka ingin memperolok-olokan sesuatu yang tidak mereka inginkan itu, atau kerana kemarahan dan kebencian mereka terhadap sesuatu dan sebagainya, seperti yang terjadi ke atas orang-orang yang berputus asa dalam kehidupannya, maka ia memohon kematian ke atas dirinya. Demikian pula orang-orang kafir yang tidak menginginkan sesuatu yang disampaikan Rasul Allah, lalu minta bukti dengan segera mendatangkan azab kepada mereka itu.

Keinginan dan permintaan mereka itu dijawab oleh Allah dengan tegas. Seandainya Allah mahu memperkenankan doa dan permintaan manusia supaya ditimpakan azab kepada mereka atau suatu malapetaka yang permintaan itu mereka ajukan semata-mata kerana kebodohan atau ingin melemahkan bukti-bukti kenabian yang disampaikan kepada mereka, seperti yang pernah diminta oleh orang-orang musyrik Mekah, tentulah Allah swt. akan segera memperkenankannya. Dan sesungguhnya memperkenankan itu amat mudah bagi Allah.

Permintaan ini sering diajukan orang-orang musyrik Mekah kepada Nabi Muhammad saw. yang menyampaikan agama Allah kepada mereka. Mereka meminta yang bukan-bukan kepada Nabi, seperti meminta datangnya azab kepada mereka sebagaimana yang pernah didatangkan kepada bangsa-bangsa dahulu kala, minta datangnya kiamat dan sebagainya sebagaimana firman Allah:
“Mereka meminta kepadamu supaya disegerakan (datangnya) siksa sebelum (mereka meminta) kebaikan padahal telah terjadi bermacam-macam contoh siksa sebelum mereka. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai ampunan (yang luas) bagi manusia sekalipun mereka lalim, dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar sangat keras siksanya.”
(Q.S. Ar Ra'd: 6)

Dan firman Allah swt.:
“"Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Kalau tidaklah karena waktu yang telah ditetapkan, benar-benar telah datang azab kepada mereka dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba sedang mereka tidak menyadarinya.”
(Q.S. Al-Ankabut: 53)

Bahkan orang-orang musyrik itu disebabkan kerana keingkaran mereka  kepada Alquran, mereka berani berdoa agar disegerakan azab atas mereka seandainya yang disampaikan Muhammad itu adalah benar.
Allah swt. berfirman:
“Dan (ingatlah) ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Ya Allah, jika betul (Alquran) ini dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih."
(Q.S. Al-Anfal: 32)

Orang-orang musyrik yang mengingkari adanya hari kiamat menentang Rasulullah agar disegerakan datangnya hari kiamat itu sebagaimana firman Allah swt.:
“Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat meminta supaya hari itu segera didatangkan dan orang-orang yang beriman merasa takut kepadanya dan mereka yakin bahwa kiamat itu adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahwa sesungguhnya orang-orang yang membantah tentang terjadinya kiamat itu benar-benar dalam kesesatan yang jauh.”
(Q.S. Asy Syura: 18)

Tujuan orang-orang musyrik meminta kepada Nabi Muhammad saw. agar didatangkan yang bukan-bukan itu, bukanlah kerana mereka tidak percaya kepadanya tetapi semata-mata untuk membantah dan melemahkan hujah Nabi, memperolok-olokan ayat-ayat Alquran yang disampaikan kepada mereka dan untuk mengatakan kepada Nabi Muhammad saw. bahwa mereka sangat mengingkari semua segala yang disampaikan baginda kepada mereka. Adakalanya di antara mereka telah yakin dan percaya kepada Nabi saw. tetapi rasa dengki kepada Muhammad dan fanatik kepada agama nenek moyang mereka menyebabkan mereka tetap mengingkarinya.

Dari ayat ini dapatlah difahami pula jawaban Allah swt. kepada mereka bahwa Allah tidak akan memperkenankan doa dan permintaan mereka, dan tidak menghendaki kehancuran mereka seperti yang telah dialami oleh umat yang telah lalu, tetapi Allah swt. Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka. Muhammad diutus sebagai nabi dan rasul terakhir kepada seluruh manusia, dan sebagai rahmat bagi seluruh alam. Kerana itu Allah swt. selalu memberikan kesempatan kepada mereka untuk bertaubat walaupun mereka tetap dalam keingkaran dan kekafirannya, biarlah mereka bergelumang dalam kesesatan mereka sampai nanti Allah swt. mengazab mereka dengan azab yang pedih.

Selain dari itu Allah tidak akan mendatangkan azab kepada mereka di dunia sebagaimana yang telah ditimpakan kepada umat-umat yang dahulu, kerana seandainya Allah menimpakan azab kepada mereka, tentu mereka akan musnah semuanya, dan kemusnahan itu akan menimpa pula orang-orang yang beriman yang hidup dan berdiam di antara mereka sebagaimana firman Allah swt.:
“Jikalau Allah menghukum manusia karena kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkan-Nya di muka bumi sesuatu pun dari makhluk yang melata tetapi Allah menangguhkan mereka sampai kepada waktu yang ditentukan, maka apabila telah tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukannya.”
(Q.S. An Nahl: 61)



Surah Yunus Ayat 12

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.”

Pada ayat-ayat ini Allah swt. menerangkan tabiat dan watak manusia yang lain, yaitu apabila mereka ditimpa kemudharatan, musibah atau kesulitan, mereka ingat kepada Allah swt. dan berdoa kepada-Nya dalam keadaan berbaring duduk dan berdiri agar semuanya itu dihindarkan dan dihilangkan dari mereka. Sebaliknya jika bahaya kesengsaraan dan kesulitan itu telah lenyap dan mereka telah menikmati rahmat, nikmat dan kurniaan Allah, mereka berangsur-angsur lupa kepada Pemberi rahmat dan kurnia itu, maka mereka mulai kafir kepada Allah.

Ayat ini menunjukkan kelemahan-kelemahan manusia di kala ia menerima ujian dari Allah swt. dan menunjukkan pula kebergantungan manusia kepada rahmat dan kurniaan Tuhan Pencipta dan Yang Mengatur kehidupannya. Kerana itu hendaklah orang-orang yang beriman sentiasa mengingati Allah dan jangan lupa kepada Pencipta dan Pengawasnya, baik dalam keadaan kesulitan dan bahaya mahupun dalam keadaan lapang dan senang. Semuanya itu merupakan ujian Tuhan kepada hamba-hamba-Nya untuk menguji kekuatan iman mereka. Orang-orang yang berhasil mengatasi segala dugaan yang dialaminya baik berupa kesulitan mahupun berupa kesenangan, mereka itulah yang berhak memperoleh kebahagiaan abadi di dunia dan di akhirat.

Orang-orang yang melampaui batas dan orang-orang yang sesat seperti orang-orang musyrik Mekah adalah orang-orang yang telah dipalingkan hatinya oleh syaitan. Syaitan telah menjadikan mereka memandang baik perbuatan buruk yang telah mereka kerjakan, sehingga apabila bahaya telah lenyap mereka akan kembali sesat dan mendurhakai Tuhan.


Surah Yunus Ayat 13

“Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan.”

Ayat ini menurut lahirnya ditujukan kepada orang kafir Mekah yang selalu memperolok-olokan Nabi Muhammad saw., tetapi termasuk juga di dalamnya seluruh manusia yang bersikap dan bertindak seperti yang telah dilakukan orang-orang kafir Mekah itu.

Allah menegaskan dalam sumpah-Nya dalam ayat ini kepada orang kafir Mekah, bahwa umat-umat dahulu pernah dihancurkan Allah swt. seluruhnya kerana kezaliman, kekafiran dan keingkaran kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi yang telah diutus Allah kepada mereka. Padahal Rasul-rasul dan Nabi-nabi itu telah membentangkan jalan kebenaran, yang bila mereka tempuh akan menyampaikan mereka ke tempat yang penuh bahagia.

Orang-orang dahulu pernah dibinasakan Allah, kerana kezaliman mereka sebagaimana tersebut dalam firman-Nya:
“Dan (penduduk) negeri itu telah kami binasakan ketika mereka berbuat lalim dan telah Kami tetapkan waktu tertentu bagi kebinasaan mereka.”
(Q.S. Al-Kahfi: 59)

Allah menegaskan bahwa orang-orang zalim dan ingkar itu pasti ditimpa azab yang sangat pedih. Allah swt. berfirman:
“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Lohmahfuz).”
(Q.S. Al-Isra': 58)

Ada dua azab yang pernah ditimpakan Allah swt. kepada orang-orang dahulu kerana keingkaran dan kezaliman mereka yaitu:
1. Dengan memusnahkan seluruh mereka yang mendustakan Rasul dan yang berbuat zalim itu, seperti yang pernah ditimpakan-Nya kepada kaum `Ad, Samud, kaum Nuh dan sebagainya.
2. Mendatangkan azab berupa kerusakan, kekacauan dalam masyarakat dan sebagainya sebagaimana firman Allah swt.:

“Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang lalim yang telah Kami binasakan, dan Kami adakan sesudah mereka itu kaum yang lain (sebagai penggantinya).”
(Q.S. Al-Anbiya': 11)

Kerusakan dan kekacauan dalam masyarakat itu terjadi ialah kerana banyaknya pribadi-pribadi yang telah rusak, kemewahan yang berlebihan, suka hidup berfoya-foya memperturutkan syahwat dan hawa nafsu, kerusakan akhlak dan sebagainya yang mengakibatkan golongan yang lemah di antara mereka berada di bawah kekuasaan golongan yang kuat. Akan tetapi jika mereka mendustakan Rasul yang membawa keterangan dan petunjuk dan mereka tidak mempunyai kesediaan lagi dalam diri mereka untuk menerima ajaran yang dibawa Rasul-rasul itu karena telah terbiasa berlaku lalim, kafir dan hidup mementingkan kesenangan duniawi itu, sehingga iman mereka tidak dapat diharapkan sedikit pun lagi, maka Allah menghancurkan dan memusnahkan mereka.
Demikianlah Allah swt. memberikan balasan kepada orang-orang yang lalim dan mengerjakan perbuatan dosa, yaitu ada kalanya menghancurkannya sekaligus, atau mendatangkan azab berupa kerusakan dan kehancuran dalam masyarakat mereka. Hal ini merupakan peringatan-peringatan keras dari Allah kepada orang-orang musyrik Mekah yang mendustakan Rasulullah saw.



Surah Yunus Ayat 14

“Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan. “

Ayat ini ditujukan kepada penduduk Mekah di mana Nabi saw diutus kepada mereka. Mereka kelak akan diangkat menjadi khalifah yang memerintah di mukabumi sebagai pengganti umat yang terdahulu. Selepas kaum yang dahulu tiada, kini mereka pula yang mengganti kaum terdahulu. Selepas kaum-kaum yang zalim itu dimusnahkan, didatangkan kaum yang lain pula untuk menggantikan mereka. Diganti untuk menyebarkan agama Islam, iaitu agama yang menyebabkan penganut-penganutnya dapat berkuasa dan memerintah.

Ayat ini merupakan berita gembira kepada umat Islam yang menggantikan umat terdahulu untuk memerintah di muka bumi, asal saja mereka benar-benar beriman dan beramal dengan ajaran Islam. Sesungguhnya Allah telah benar dengan janjiNya itu, kerana umat Islam kemudiannya telah ditakdirkanNya dapat menguasai kerajaan Parsi, Rom, Mesir dan banyak lagi negeri-negeri yang lain.

Allah akan melihat dengan menguji mereka samada baik atau buruk tindakan yang mereka lakukan pada masa mereka memerintah di muka bumi. Allah akan membalas mengikut peraturan (sunnatullah) yang telah ditetapkanNya.

Ayat ini juga mengingatkan kita yang kita tidak akan kekal lama di dunia ini. Sebagaimana kita telah menggantikan umat sebelum kita, kita juga akan diganti akhirnya. Kita ini menggantikan keturunan sebelum kita. Dan kita pun akan diganti dengan keturunan kita selepas ini. Agaknya bagaimanakah iman keturunan kita nanti? Bagaimana dengan anak anak dan cucu cucu kita nanti? Adakah mereka terus beriman atau sebaliknya? Kalau kita dapat memastikan anak-anak dan cucu kita beriman, itu sudah cukup baik. Sebab kita hanya dapat bertemu dengan mereka sahaja. Dan anak-anak kita pula memastikan anak-anak cucu mereka pula beriman. Itulah harapan kita. Jadi kena sampaikan ajaran agama kepada mereka. Kita kena ajar mereka. Jangan harap sangat kepada orang lain, kepada ustaz di sekolah, kepada guru sekolah dan sebagainya. Mengajar agama ini adalah tanggungjawap bapa sebenarnya. Oleh itu, kenalah dia juga belajar agama supaya dia sendiri faham agama dan boleh mengajar anak dan isterinya.



Surah Yunus ayat 15

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): "Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".

Di sini Allah mengulang untuk memperkatakan tentang kitab AlQuran iaitu apabila dibacakan kepada orang-orang musyrikin beberapa ayat daripada kitab AlQuran adalah untuk menujukkan kepada mereka tentang betapa kekuasaan Allah dan membuktikan kebenaran kenabian Rasulullah saw.

Ayat ini juga mengajar kita bahawa kita hendaklah membaca ayat ayat Qur’an kepada manusia. Kita hendaklah berdakwah kepada manusia dengan menggunakan Quran. Ayat Quran mengandungi hikmah yang dapat membuka hati manusia. Ianya mengandungi hujah-hujah yang tepat dan padu. Ianya mengajar perkara-perkara yang amat penting dalam agama, antaranya tentang tauhid dan syirik.

Oleh itu, bacakan kepada manusia ayat-ayat Quran. Beritahu mereka apakah maksud ayat-ayat itu. Dan apakah sifat ayat-ayat Quran itu? Ayat-ayat Qur’an itu adalah ayat yang jelas makna-maknanya, tidak keliru dan tidak pusing-pusing.

Tetapi sepanjang zaman akan ada sahaja mereka yang apabila dibacakan ayat Qur’an, mereka akan menolaknya. Mereka inilah orang yang tidak mahu bertemu dengan Allah. Berkali-kali mereka ini disebut di dalam surah ini.

Lihatlah bagaimana mereka ini bukan dikatakan mereka ‘kufur’ dengan hari akhirat. Mereka tahu bahawa mereka akhirnya akan mati dan akan bertemu dengan Allah. Tetapi apabila dikatakan mereka itu tidak mengharap untuk bertemu dengan Allah, bermaksud mereka tidak menjadikan pertemuan dengan Allah itu sebagai fokus hidup mereka. Oleh itu, sifat ini termasuk juga sifat orang-orang Islam yang walaupun mengaku beragama Islam tetapi tidak menjadikan hari akhirat sebagai fokus mereka. Mereka hidup di dunia ini seperti tidak akan mati, tidak akan bertemu dengan Allah.

Musyrikin Mekah tidak suka dengan Quran yang dibacakan oleh Nabi. Kerana ianya terlalu berat pada mereka. Kerana dalam Quran itu tidak ada ruang yang membenarkan perlakuan syirik. Mereka tidak mahu berubah, kerana mereka nak buat apa yang mereka hendak lakukan. Oleh kerana mereka tak suka Quran yang Nabi bacakan itu dengan segala larangan dan arahan itu, mereka mahu Nabi bawa Quran yang lain, yang mereka nak tengok dulu, dan kalau mereka setuju, baru mereka akan luluskan. Mereka nak Quran yang ikut citarasa mereka.

Atau, mereka kata kalau Nabi tidak boleh bawa Quran yang lain, sekurang-kurangnya, ubah sikit Quran yang dah ada ini. Ubah ikut kemahuan mereka. Begitulah juga yang dilakukan oleh ahli bidaah sekarang. Mereka akan ubah terjemah Quran itu mengikut citarasa mereka. Mereka tidak boleh nak ubah ayat Quran itu sendiri, tapi mereka akan ubah tafsir yang telah diberikan oleh ulama-ulama dahulu.

Ayat ini mengajar kita bahawa kita yang kena ubah hidup kita mengikut Quran, bukannya mengubah Quran ikut sukahati kita. Banyak manusia yang apabila Quran itu tidak kena dengan cara hidup mereka, mereka nak ubah ia kepada makna yang lain. Ini tidak boleh.

Nabi disuruh untuk memberitahu kepada musyrikin Mekah yang baginda tidak boleh suka-suka untuk mengubah Quran itu. Bukan hak baginda untuk mengubah Quran yang telah diturunkan itu. Quran itu sendiri bukan datang dari baginda, tentulah baginda tidak boleh nak ubah apa-apa kerana Nabi juga mengikut apa yang telah diwahyukan kepada baginda.

Sebenarnya mereka mengatakan demikian tidak lain kerana dua tujuan ini :
Pertama : kerana hendak mempersendakan dan mengejek Nabi.
Kedua : kerana hendak cuba untuk menguji Nabi , iaitu sekiranya permintaan mereka dituruti dan dilayani, maka dakwaan Nabi saw yang mengatakan bahwa Quran itu diturunkan kepada dari Allah adalah dusta.

Nabi Muhammad pun takut derhaka kepada Allah kalau mengubah Quran itu. Kalau Nabi Muhammad, seorang Rasul yang mulia pun takut dengan Allah, lalu bagaimana pula dengan kita manusia biasa ini? Kesan kalau ubah ayat ayat Allah adalah amat berat, tidak akan selamat dunia akhirat nanti. Adakah kita sanggup untuk mengadap Allah dengan membawa satu dosa yang amat besar itu?




Surah Yusuf Ayat 16

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika Allah kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu), tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu, dan tentulah Ia tidak memberitahu kamu akan Al-Quran ini (dengan perantaraanku); kerana sesungguhnya aku telah tinggal dalam kalangan kamu satu masa yang lanjut (dan kamu pula mengenal aku sebagai seorang yang amanah) sebelum turunnya Al-Quran ini; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?"

Kemudian Allah mengajar rasulNya supaya memberi jawapan mengenai permintaan orang-orang musyrikin untuk mengubah AlQuran dan menukarnya. Katakanlah kepada mereka Ya Muhammad begini : kalau Allah menghendaki supaya aku tidak membacakan AlQuran kepada kamu, pasti aku tidak akan membacanya kepada kamu. Aku yang diperintahkan supaya membacanya dan melaksanakan mengikut kehendakNya. Dan kalau Allah menghendaki supaya aku tidak mengajarkan Al Quran kepada kamu, nescaya Allah tidak mengutus aku kepada kamu dan tidak akan mengajarkan AlQuran kpeada kamu.

Tetapi Allah sudah pun berkehendak, berkenan mengurniakan ilmu pengetahuan yang begitu besar faedahnya kepada kamu, mudah-mudahan saja kamu terpimpin. Dan dengan terpimpinnya kamu maka akan menjadilah kamu khalifah iaitu pengganti umat yang terdahulu yang memerintah di muka bumi.

Peranan AlQuran yang begitu penting dan besar pengaruhnya tidak mungkin dapat digantikan dengan kitab-kitab lain. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah dengan firmanNya di dalam surah Al A’raf ayat 52 yang bermaksud:
“dan sesungguhnya telah Kami datangkan kepada mereka kitab (AlQuran). Kami jelaskan dianya dengan setahu (kami) untuk menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.”

Maka jelaslah menunjukkan bahwa, di dalam AlQuran itu terdapat segala sesuatu yang dihajati oleh manusia berupa hidayah, pimpinan dan petunjuk serta sebab-sebab yang mendatangkan kesejahteraan dan kebahagiaan.

Sesungguh aku telah tinggal dengan kamu semua dan dah hidup dengan kamu semua selama lebih 40 tahun. Tidak pernah aku membacakan kepada kamu satu surah pun seperti Al Quran itu, dan tidak satu ayat pun yang aku bacakan seperti ayat-ayatnya, samda yang mengandungi ilmu pengetahuan, petunjuk, mahupun yang mengandungi keterangan dan kepintaran.

Tidakkan kamu memikirkan bahwa seorang ayng hidup selama 40 tahun dengan kamu, tidak pernah sebelum ini membacakan sesuatu kitab pun, malah tidak pernah menerima dari seorang pun sesuatu pengarjaran, apalagi memeluk sesuatu agama, juga tidak pernah membiasakan kepetahan bercakap yang mahir untuk menuturkan syair, pidato dan kta-kata hikmah.

Pastilah oran gitu tidak dapat mendatangkan seperti kitab AlQuran iaitu sebuah kitab yang melumpuhkan kebolehan kamu untuk menirunya, dan melumpuhkan kebolehan sekalian orang-orang yang pernah mengkaji segala kitab-kitab agama untuk membuat AlQuran yang lain dari AlQuran ini? Cubalah kamu fikirkan dengan saksama.



Surah Yunus Ayat 17

Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.

Apabila Allah bertanya siapakah yang lebih zalim, itu bermaksud tidak ada yang lebih zalim. Siapakah yang dimaksudkan itu? Orang-orang yang paling zalim lagi aniaya itu  ialah orang-orang yang dusta terhadap Allah dengan mengatakan, bahwa Allah itu mempunyai sekutu atau anak. Atau mengatakan bahwa AlQuran itu bukannya datang dari Allah. Ini termasuklah orang yang mendustakan rasul dengan mengatakan, bahwa Muhammad saw itu bukan rasul yang menjadi utusan Allah.

Mereka-mereka itu adlaah orang-orang musyrik, iaitu orang-orang yang menjerumuskan dirinya ke dalam kufur pada masa di dunia ini.  Maka apabila mereka akan menemui Allah di akhirat nanti merekalah orang-orang yang tidak beruntung kerana tidak akan memperoleh syurga nanti.





Surah Yunus Ayat 18

“Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan."

Allah mencela perbuatan orang-orang musyrik yang menyembah patung-patung dan berhala. Sebenarnya patung-patung dan berhala itu tidak akan mendatangkan mudharat sedikit pun kepada mereka meskipun mereka tidak menyembah atau memujanya. dan juga langsung tidak akan mendatangkan manafaat ataupun pertolongan jika mereka menyembahnya. Sebab, patung-patung dan berhala itu adalah benda yang diperbuat daripada batu, kayu atau benda leburan, iaitu benda yang tidak bergerak dan tidak dapat berbuat sesuatu apa pun. Apatah lagi menghidupkan atau mematikan. Sememangnya tidak layak ianya untuk disembah.

Para penyembah berhala melakukan pemujaan dengan memuliakan berhala tersebut dan melumurinya dengan bau-bauan yang harum. Mereka sajikan persembahan berupa binatang-binatang yang mereka sembelih sebagai korban sambil menyeru nama-nama berhala itu seraya berdosa meminta pelbagai pertolongan kepadanya. Mereka menganggap bahwa berhala itulah nanti yang akan dapat menolong mereka di sisi Allah dan dapat pula mendekatkan kepadaNya disebabkan korban yang mereka sajikan, serta dapat pula menolak segala bala dan bencana yang akan menimpa, ataupun memberikan nikmat dan kesenagann yang mereka pinta.

Dalam hubungan ini ‘Ikrimah telah meriwayatkan : bahwasanya seorang musyrik bernama Nadar bin Haris pernah berkata: "Apabila hari telah kiamat, maka Lata dan Uzza akan memberi syafaat kepadaku."  Mengikut dasar kepercayaan orang musyrik, bahwasanya segala apa yang mereka pinta kepada Allah mestilah menerusi perantaraan. Kerana mereka percaya bahwa mereka  tidak dapat mendampingkan diri dengan Allah dengan secara langsung tanpa perantaraan, sebab mereka telah dikotori oleh maksiat. Mereka juga percaya bahawa di akhirat nanti kalau datang pertanyaan-pertanyaan dari Allah, tuduhan, pemeriksaan dan sebagainya, si Lata dan Uzza inilah yang akan tampil ke muka pengadilan untuk mempertahankan mereka semua. hehehehe…. Maka perbuatan mereka ini adlaah dilarang dan dicela oleh Allah swt.

Kemudian Allah swt memerintahkan agar Nabi Muhammad saw. menyampaikan kepada orang-orang musyrik itu sesuatu yang dapat membuktikan kebohongan mereka itu dan sesuatu yang dapat membantah perkataan mereka, yaitu: "Apakah kamu mengkhabarkan kepada Allah sesuatu yang tidak diketahui-Nya, yaitu bahwa ada pemberi syafaat di langit dan di bumi yang dapat memberikan syafaat itu sebagai perantara antara Allah dan makhluk-Nya padahal seandainya ada tentu Allah mengetahuinya. Tidak ada sesuatu pun di langit dan di bumi yang tidak diketahui Allah, ada dan tidak adanya sesuatu semata-mata menurut kehendak Allah, apalagi syafaat itu hanya diberikan semata-mata dengan izin Allah dan hanya diberikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. “

Allah menafikan sama sekali kebenaran apa yang mereka ceritakan itu. Bahkan Allah itu maha Suci dari mempunyai apa yang mereka namankan penolong atau perantaraan yang mereka ada-adakan secara dusta, iaitu suatu perbuatan kufur yang berterang-terangan.

Surah Yunus Ayat 19

“Dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan ugama yang satu (ugama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan Syaitan) mereka berselisihan. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat), tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa yang mereka perselisihkan itu. “

Umat manusia ini memang umat yang satu dari dahulu lagi. Iatu semasa zaman Nabi Adam a.s. Kemudian mereka berpecah dan lari akidah mereka pada zamaan Nabi Nuh. Tapi kemudian, mereka kembali menjadi umat yang satu. Ingatlah apabila turunnya pengikut-pengikut Nabi Nuh dari bahtera baginda selepas Banjir Besar. Waktu itu semuanya beriman belaka dan tidak melakukan syirik. Tetapi, lama kelamaan keturunan Kaum Nabi Nuh yang beriman itu akhirnya berpecah belah dan berselisih juga. ‘Perselisihan’ itu bermaksud ada yang beriman ada yang kufur.

Ada beberapa pendapat para Mufassirin dalam mentafsirkan ayat ini, di antaranya mengatakan manusia itu pada mulanya bersatu di dalam agama fitrah dari semenjak Nabi Adam hingga pada zaman Nabi Nuh. Maka apabila mereka bertelingkah di dalam agama, lalu Nabi nuh pun diutus Allah kepada mereka.

Sebagian mufassir berpendapat bahawa yang dimaksud dengan "manusia" dalam ayat ini ialah orang Arab. Mereka dahulu adalah pengikut-pengikut agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, agama yang mengakui keesaan Allah. Kemudian masuklah unsur syirik kepada kepercayaan mereka itu, sehingga sebhaagian mereka menyembah berhala di samping mereka menyembah Allah dan sebahagian masih tetap menganut agama Nabi Ibrahim. Terjadilah perselisihan antara kedua golongan itu.

Jika diperhatikan antara kedua pendapat ini tidak ada perbezaan dasar. Kerana pendapat pertama adalah sifatnya umum meliputi seluruh manusia yang ada di dunia, sedangkan pendapat kedua adalah khusus untuk orang Arab saja, tetapi tidak menutup kemungkinan berlakunya untuk semua manusia.

Allah mengancam keras sekiranya kalau tidak kerana lebih dahulu ditetapkan oleh Allah bahwa pembalasan secara umum itu hanya dilaksanakan di akhirat, maka Allah akan segera membinasakan di dunia ini juga akan orang-orang yang berselisih itu yang membawa perpecahan dan permusuhan. Apatah lagi bila perselisihan mereka itu adalah  tentang Kitab Allah yang diturunkanNya untuk menghilangkan perselisihan. Nescaya orang-orang yang membuat kesalahan dan membuat pencerobohan menyalahi agama itu akan diazab secara serta merta dengan tidak bertangguh lagi.



Surah Yunus Ayat 20

“Dan mereka yang ingkar itu berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? "Maka jawablah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara yang ghaib itu tertentu bagi Allah; oleh itu tunggulah (hukuman Allah), sesungguhnya aku juga di antara orang-orang yang menunggu.”

Kaum musyrikin penduduk Mekah itu masih juga bertalu-talu meminta kepada Nabi saw dengan mengesyorkan supaya Tuhannya menurunkan ayat atau tanda kepadanya, iaitu bukti sebagai rasul, seperti yang pernah diberikan kepada para Nabi yang lain, umpamanya Nabi Nuh, Nabi Salih, Nabi Hud, dan lain-lainnya. Kalaulah permintaan yang mereka syorkan itu terkabul, maka mereka berjanji mahu beriman kepadanya. Hal seperti ini pernah terkeluar dari mulut mereka, sebagaimana yang diceritakan oleh Allah dengan firmanNya dalam surah Al Isra’ ayat 90 yang bermaksud:
“dan mereka mengatakan, kami tidak akan beriman kepada engkau sehingga engkau pancarkan sebuah mata air untuk kami…”

Maka Allah menyuruh rasulNya menjawab : hanyasanya yang ghaib itu kepunyaan Allah. Maka tunggulah oleh kamu, sesungguhnya aku bersama kamu daripda orang-orang yang menunggu.

Maksudnya yang mereka syorkan kepada Allah menurunkannya itu adalah perkara ghaib. Hanya Allah saja yang tahu dan berkuasa mendatangkannya. Tetapi kalau Allah telah mentakdirkan pastilah akan berlaku perkara tersebut. Tidak lain yang Nabi tahu hanyalah apa yang diwahyukanNya kepada nabi sahaja. Jadi tunggu sajalah oleh mereka, kerana nabi pun akan menunggu juga bersama mereka.

Ayat ini merupakan ancaman tentang seksa yang akan menimpa kepada orang musyrik yang akibatnya mereka akan terhina, juga menjadi penawar kepada Nabi saw yang akan mendapat pertolongan dari Allah untuk mengalahkan sesiapa yang memusuhinya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.