Monday, October 26, 2015

Surah Al Hajj Ayat 1 - 15






Pengenalan

Surah Al Hajj ini bilangan ayatnya sebanyak 78 ayat, yang semuanya ditruunkan di Madinah. Dinakamakn Al Hajj kerana surah ini mengemukakan hal-hal berhubungan dengan ibadah haji seperti ihram, tawaf, sa’i, wukuf di Arafah dan faedah serta hikmah disyariatkan ibadah haji. Dinyatakan di dalam surah ini bahwa ibadah haji disyariatkan pada zaman Nabi Ibrahim di mana kaabah didirikan oleh beliau bersama puteranya, Nabi Ismail as.

Di akhir surah Al Anbiya’ dikemukakan hal yang berhubungan dengan hari kiamat, manakala pada permulaan surah Al Hajj ini dikemukakan bukti-bukti adanya hari kebangkitan. Surah Al Hajj diunggulkan dari surah-surah lain kerana di dalamnya ada dua ayat sajadah iaitu ayat 18 dan dan ayat 77.


Sisters Yang dikasihi,

Marilah kita mentadabur surah ini dengan niat kerana Allah di samping kita juga berniat untuk melaksanakan ibadah agung ini, paling tidak pun umrah, agar kita dapat menyiapkan dan mendidik diri kita dengan makna-makna yang terkandung di dalamnya. Dan bacalah surah Al Hajj ini dengan niat mengambil faedah dari pelajaran-pelajaran dan makna-makna ibadah haji, meskipun kita belum sempat lagi melaksanakannya.

Mudah-mudahan niat suci kita diperkenankan Allah. Amiin.







Al Haj Ayat 1 Hingga 2
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ
1 - Wahai umat manusia, takutlah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. 

يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّآ أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَي النَّاسَ سُكَارَي وَمَاهُم بِسُكَارَي وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ
2 - Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

Surah ini dimulai dengan seruan, ‘wahai seluruh manusia..’ kerana Nabi Muhammad adalah rasul yang diutus kepada seluruh umat manusia. Dan dasar dakwah agama pun ialah seruan kepada seluruh manusia.

“Takutlah kamu kepada Tuhan kamu “ Di sini takwa kita ertikan sebagai takut, walaupun telah berkali-kali kita tafsirkan pada ayat-ayat terdahulu bahwa erti takwa bukanlah semata-mata takut. Tetapi takut itu adalah sebhagian daripada takwa. Dan di dalam ayat ini takut yang disebut itu adalah maksudnya bertakwa. Hendaklah kita takut kepada tuhan kerana pasti akan datang masanya hari kiamat itu. Hendaklah kita mentaati Allah dan jangan menderhakiNya. Apa yang diperintahkanNya dariapda perkara-perkara yang wajib hendaklah kita kerjakan sebaik-baiknya. Dan perkara yang dilarang atau diharamkanNya hendaklah kita tinggalkan dan elakkan sedaya upaya kita. Maka barulah kita akan dikatakan sebagai orang yang bertakwa kepada Allah.

Sebabnya manusia itu diingatkan supaya takut kepada Allah adalah kerana nanti apabila telah datang hari kiamat, ketika itu akan terjadilah gempa bumi yang merupakan kegemparan ataupun kegoncangan kiamat yang besar.

Kegoncangan kiamat adalah amat hebat dan dahsyat sekali. Bayangkanlah , sisters. Sedangkan gempa bumi yang terjadi pada sebahagian kecil dari bumi, ataupun pada sebuah negara saja, ataupun pada sebuah pulau , kita sudah pun  merasakan ianya begitu dahsyat. Inikan pula seluruh alam. bukan bumi saja ye, sisters. Tapi seluruh alam. Termasuk bumi, langit, bintang dan seluruh cakerawala.

Oleh kerana dahsyatnya peristiwa kiamat itu, sehingga perempuan-perempuan yang sedang menyusukan anak pun boleh terus melupakan anaknya kerana terkejut dengan kedatangan kiamat. Adakah lagi barang yang lebih berharga dan lebih disayangi bagi seorang ibu dariapda seorang bayi yang sedang disusukannya? Tentulah tidak ada yang lebih berharga daripada bayi belahan jiwanya itu. Tetapi jelas sekali di sini, bahwa sesuatu yang sangat disayangi itu pun boleh terus dilupakan, akibat dari fikiran terganggu dan terkejut dek kedatangan peristiwa yang amat dahsyat ini.

Dengan tidak disedari perempuan-perempuan yang mengandung yang belum cukup bulan melahirkan, mereka sekonyong-konyongnya melahirkan anak ataupun mengalami keguguran, lantara terperanjat kerana menyaksikan peristiwa kiamat yang menggemparkan itu.

Jelas di sini gambaran menunjukkan bahwa manusia pada waktu itu berada di dalam kebingungan atau panik. Terhuyung hayang ke sana ke mari seolah-olah mereka mabuk atau terus pengsan,kerana tidak tertahan melihat dahsyatnya hari kiamat.

Sebenarnya mereka bukanlah mabuk disebabkan minum minuman keras. Tidak. Tetapi yang sebenarnya mereka sedang mengalami peristiwa dahsyat yagn menyeksakan sehingga melupakan akal fikiran mereka, tidak daapt lagi membezakan sesuatu dengan akalnya.

Kesimpulannya , ketiga-tiga contoh yang dikemukakan ini, merupakan seksa yang keras yang diperlihatkan oleh Allah semasa berlakunya kiamat. Justeru kerana itulah manusia digesa sangat-sangat agar takut kepada Allah.





Al Hajj Ayat 3 Hingga 4
 
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَانٍ مَرِيدٍ
3 - Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan. 

كُتِبَ عَلَيْهِ أَنَّهُ مَن تَوَلاَّهُ فَاَنَّهُ يُضِلُّهُ وَيَهْدِيهِ إِلَي عَذَابِ السَّعِيرِ 
4 - Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.

Walaupun sudah dikasi amaran dan peringatan dan ancaman, ugutan bahwa seksaan Allah itu dahsyat kalau tak takut kepada Allah, maka takutlah kepada Allah agar tidak diberikan seksaan itu, namun masih ada lagi yang berdegil! Allahu rabbi!!!

Masih ramai manusia yang engkar dan tidak percaya kepada adanya hari kiamat ini. Mereka membantah Allah mengenai perkara yang ghaib ini. Mereka tidak mahu belajar dan mendalami pengetahuan yang bersangkut paut dengan sifat-sifat Allah. Baik sifat-sifat yang wajib mahupun yang mustahil ataupun yang harus bagi Allah.

Malahan mereka jahil mengenai kata-kata yang mereka ucapkan sendiri. Kerana mereka mendakwakan Allah tidak berkuasa menghidupkan orang yang sudah mati, yang telah menjadi tulang-belulang dan berkecai-kecai menjadi tanah. Lebih jahil lagi kerana mereka dakwa yang Allah itu mengambil anak dan Al Quran itu dikatakan hanyalah dongeng belaka. Dan macam-macam perkara batil lagi lah yang mereka dakwakan.

Orang-orang yang degil dan engkar ini sebenarnya telah mengikuti hasutan dan kemahuan syaitan yang sejak dulu lagi menderhaka kepada Allah. Syaitan itu samada dari bangsa jin ataupun manusia. Dikatakan syaitan dari bangsa manusia adalah kerana wujudnya manusia yang kelakuannya sama seperti syaitan. Mereka mengikuti pujukan syaitan dengan tidak menyedari bahwa mereka bakal terjerumus ke dalam neraka bersama syaitan. 

Pujukan syaitan akan memperlihatkan di depan mereka semua yang buruk kelihatan baik, dan segala kejahatan kelihatan indah dan cantik belaka. Dan di antara yang kelihatan indah oleh mereka itu ialah perbuatan menyekutukan Allah dengan menyembah patung dan berhala, minum arak, berjudi dan alin-lain perbuatan maksiat.

Orang-orang yang mengikuti syaitan ini telah ditakdirkan oleh Allah pada syaitan itu dapat menyesatkannya di dunia dan di akhirat. Ini kerana orang itu mahu menerima godaan syaitan dan terus mengerjakan perbuatan maksiat dengan tidak ada segan silu. Dan akibatnya mereka akan masuk ke dalam neraka jahanam untuk menerima seksaan bersama-sama syaitan.





Al Hajj Ayat 5

يَآ أَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُم مِن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لّـِنُبَيّـِنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الاَرْحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَي أَجَلٍ مُّسَمًّي ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّي وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَي أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلاَ يَعْلَمَ مِن بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئاً وَتَرَي الاَرْضَ هَامِدَةً فإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَآءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنْبَتَتْ مِن كُلّ‌ِ زَوْجٍ بَهِيجٍ
 Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

Ayat ini merupakan bukti kekuasaan Allah yang menciptakan makhluk daripada jenis hidupan dan tumbuhan. Allah memaklumkan bahwa manusia yang ragu-ragu tentang adanya hari kebangkitan hendaklah memikirkan tentang kekuasaanNya bahwa menciptkan makhluk melalui 7 peringkat atau proses:

1 . Manusia telah dijadikan Allah daripada setitis air mani, yang berasal dari zat makanan yang mdimakannya. Sedangkan makanan itu pula adalah daripada jenis tumbuh-tumbuhan yang berasal dari tanah dan air. Maka dengan demikian, jelaslah sudah bahwa kejadian manusia itu asalnya daripada tanah.

2 .  Air mani yang berasal dari zat darah, dan darah berasal dari zat makanan, sedangkan makanan pula dariapda tumbuh-tumbuhan yang berasal dari tanah.

3 . Daripada air mani akan berubah pula menjadi segumpal darah. Perubahan ini dikatakan telah mengambil masa selama 40 hari.

4 . kemudian daripada segumpal darah berubah menjadi seketul daging. Dan dikatakan perubahan itu mengambil masa yang serupa iaitu 40 hari. Dari seketul daging terjadilah bentuk atau rupa bayi yang sempurna kejadiannya yang mana perubahan ini juga mengambil masa 40 hari. Bererti semenjak air mani lelaki dengan air mani perempuan ditemukan di dalam rahim perempuan ia akan mengambil masa selama 120 hari dan barulah sempurna kejadian seorang bayi dengan sempurna. Tetapi ada juga kejadian yang belum sempurna ataupun akan mengalami keguguran sebelum cukup bulannya.

Ini semua adalah untuk menerangkan betapa rapinya ciptaan Allah dan betapa besar hikmahNya. Bayi yang berada di dalam kansungan itu telah ditetapkan Allah untuk tinggal di sana dalam tempoh yang tertentu, yang dijangkakan tempohnya beberapa lama akan lahir pula ke dunia.

5 .   Apabila cukup bulannya, maka bayi itu pun lahirlah ke dunia.

6 . Setelah bayi lahir, maka hiduplah ia dengan diasuh, dididik dan dibersarkan sehingga ssampai berumur dewasa sempurna akal fikiran dan tegap badannya, kerana mempunyai cukup tenaga dan kekuatan yang ada padanya.

7 . Di antara manusia itu nanti ada yang dimatikan oleh Allah dalam keadaan yang sempurnah kejadiannya, sudah dewasa, lagi pula mempunyai kekuatan dan kesempurnaan akal meskipun sebelum dewasa ada juga yang telah dimatikan.

Ada juga manusia nanti yang akan habis umurnya kerana dimatikan oleh Allah. Dan ada pula yang panjang umurnya dibiarkan hidup menjadi sangat tua yang dinamakan “ardzalil umur”. Iaitu peringkat umur yang paling buruk bagi masa kehidupan seseorang manusia, kerna ia sudah menjadi nyanyuk, tidak dapat mengingati apa-apa yang dahulunya telah diketahuinya.

Kemudia Allah mengingatkan pula, supaya manusia melihat kepada tanaman yang tumbuh di bumi. Pada mulanya bumi itu kering kontang tidak berair, kemudian menjadi subur sebab disiram oleh air hujan yang turun dari langit, maka bumi itu pun bergerak, menjadi subur, dan keluarlah tumbuh-tumbuhan di atasnya. Lama kelamaan tumbuh-tumbuhan itu menjadi tinggi dan rimbun daunya serta keluar pula buahannya  kerana buminya mengandungi banyak air.

Tumbuhan dan tanaman yang begitu keadaannya sangatlah indah kelihatannya dipandang mata dan cantik betuknya di samping buahnya rasanya bermcam-macam dan bunganya beraneka aroma, serta mendatangkan pula hasil yang banyak untuk kepentingan manusia dan haiwan.






Al Hajj Ayat 6 Hingga 7
ذَلِكَ بِاَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّهُ يُحْيِ الْمَوْتَي وَأَنَّهُ عَلَي كُلّ‌ِ شَيْءٍ قَدِيرٌ 
6 - (Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

 وَأَنَّ السَّاعَةَ ءَاتِيَةٌ لاَّ رَيْبَ فِيهَا وَأَنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ مَن فِي الْقُبُورِ
7 - Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.

Demikianlah kenyataan-kenyataan yang diapat disaksikan sendiri oleh manusia. Kebesaran Allah daapt dibuktikan oleh renungan akal yang murni, tegambar nyata di mata dan di hati orang yang mahu berfikir. Kalau telah dibuktikan bahwa bumi yang telah mati beribu-ribu tahun, bukan kerana kemarau berbulan saja, dibuktikan hidup kembali dengan turunnya air, apalah sukarnya bagi Allah Yang Maha Besar itu untuk menghidupkan kembali manusia yang telah mati.

Maka hendaklah manusia itu menajamkan akal, melatih berfikir menambahkan kecerdasan kerana hanya dengan kecerdasan dan ilmu sajalah manusia dapat membuktikan bahwa segaal sesuatu di dalam alam ini hanya Allah lah yang menentukan, menguasai, mengukur dan menyangkakannya. Baik ukuran ketentuan ruang, mahupun ukuran ketentuan waktu.

Sesungguhnya kiamat itu sudah pasti akan datang. Itu adalah satu ketentuan yang pasti dari Allah. Tidak ada yang akan kekal di dunia ini kecuali Allah saja. Dengan meneliti dan memahami ayat-ayat terdahulu, maka manusia akan berfikiran dengan yakin akan kewujudan hari kiamat. Setelah menyaksikan sendiri peredaran hidup di bumi dan mempelajarinya, manusia akan percaya akan kedatangan hari kiamat. Kepercayaan yang bukan dipaksa-paksa malah ianya adalah satu kepercayaan yang masuk akal dan wajar.






Al Hajj Ayat 8 Hingga 10

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلاَ هُدًي وَلاَ كِتَابٍ مُنِيرٍ
8 - Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran; 

 ثَانِيَ عِطْفِهِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُ فِي الدُّنْيَا خِزيٌ وَنُذِيقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَذَابَ الْحَرِيقِ
9 - Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran; 

 ذَلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ يَدَاكَ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلاَّمٍ لِلْعَبِيدِ
10 - (Dengan dikatakan kepadanya): "Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya".

Sudah dua kali kita diingatkan dengan ayat seperti ini, iaitu tentang manusia yang suka berdebat dengan engkar kepada Allah. Pertama di ayat 3 terdahulu dan kali kedua ni di ayat ke 8. Pada ayat 8 ini manusia yang menentang Allah dan berdebat dengan Allah dengan ilmu yang tidak dapat dipertanggungjawabkan. Ia hanyalah dikarang-karang saja. Petunjuk tidak ada, kitab pun tidak ada. Kata-kata bangkangan mereka itu terbit dari kejahilan mereka sendiri yang dipengaruhi oleh hawa nafsu.

Mereka berlagak sombong untuk menyesatkan orang lain atau orang-orang mukmin daripada mengikut agama Allah. Maka perbuatan menyesatkan orang yang telah mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah itu, akan mendapat penghinaan pula di dunia. Maksudnya, Allah akan takdirkan mereka terhina hidupnya semasa di dunia dengan mendapat malu. Dan Allah akan menimpakan seksaan pula ke atasnya dengan azab yang membakar dirinya di akhirat, iaitu seksaan yang sangat besar.

Seksaan dan kehinaan yang ditimpakan ke atas mereka itu adalah tidak bukan dan tidak lain ialah kerana hasil daripada usaha mereka  sendiri ketika di dunia ini. Tangan-tangan mereka telah berlumuran dengan dosa dan noda. Ianya menunjukkan betapa buruk dan hinanya maksiat yang telah mereka lakukan. Maka kehinaan dan seksaan itu adalah sebagai balasan untuk mereka.

Sesungguhnya Allah bukanlah menganiaya dengan mentakdirkan mereka dalam kehinaan dan menimpakan seksaan. Allah tidak akan sekali-kali menganiaya hamba-hambaNya. Bahkan hukuman itu adalah hukuman yang adil kepada orang yang bersalah dan yang berdosa. Malahan Allah bersifat pemaaf pula kepada hamba-hambaNya yang lain.

Jadi mereka yang engkar dan melakukan bantahan kepada Allah itu memanglah layak untuk menerima seksaan disebabkan dosa yang mereka lakukan. Sedangkan Allah itu tidak sekali-kali akan menganiaya seorang pun tanpa dosa yang dilakukan.




Al Hajj Ayat 11

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَي حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقَلَبَ عَلَي وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالاَخِرَةَ ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ
Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.

Kemudian Allah menyebuatkan pula tentang ada satu golongan manusia yang menyembah Allah secara sampingan saja. Maksudnya di tepi-tepi saja, tak sampai ke tengah-tengah yang ditujunya untuk menyembah Allah. Kalaupun dia menyembah Allah, hanya sebagai main-main saja. Kerana hatinya masih ragu-ragu terhadap agama dan kurang yakin untuk menganut agama Allah secara keseluruhan.

Golongan manusia yang seperti ini, kalau ia mengalami kesenangan disebabkan ada banyak harta dan mempunyai anak dan pengaruh yang banyak, maka akan bersenang-senanglah ia dan tidak mahu menyembah Allah dengan cara yang betul. Tetapi kalau ia ditimpa malapetaka, atau mendapat cubaan yang hebat pada dirinya, keluarganya, atau hartanya terjejas oleh bahaya, maka seketika itu dia akan berasa sempit hidupnya dan tidak teragak-agak pula hatinya untuk berbalik menjadi kufur, keluar dari agama.

Pendirian orang yang demikian tidak tetap di dalam memegang agama. Adapun pendirian yang tetap, ialah seorang yang tahu betul-betul akan kebenaran atau perkara yang hak, dan mentaati Allah serta takut akan seksaanNya.

Kalau hanya senang hati apabila mendapat kesenangan kemudian bertukar menjadi tawar hati apabila mendapat kesusahan maka ini pendirian orang munafik, sebab pendiriannya itu tidak tetap,sebagaimana yang dijelaskan di dalam ayat 143 surah An Nisa.

Orang yang sebegini tidak akan menadapat apa-apa faedah, akan hilang keuntungannya dan terlepas dari mendapat pembahagian di dunia, seterusnya di akhirat pula akan kehilangan pahala, bahkan yang diterima hanyalah seksa. Maka tetaplah mereka di dalam kerugian.







Al Hajj Ayat 12 Hingga 14

يَدْعُواْ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُ وَمَا لاَ يَنفَعُهُ ذَلِكَ هُوَ الضَّلاَلُ الْبَعِيدُ
12 - Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. 

 يَدْعُواْ لَمَن ضَرُّهُ أَقْرَبُ مِن نَّفْعِهِ لَبِئْسَ الْمَوْلَي وَلَبِئْسَ الْعَشِيرُ
13 - Ia menyeru dan menyembah makhluk yang - dengan perbuatan demikian - mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. 

 إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الاَنْهَارُ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ
14 - Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya.

Allah jelaskan lagi bahwa orang yang tidak tetap pendirian ini ada kalanya menyembah berhala dan ada kalanya pula menyembah benda-benda atau apa saja yang dianggap boleh mendatangkan faedah kepada mereka. padahal benda -benda yang disembah itu tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan bahaya seandainya mreka enggan menyembahnya. Dan kalau disembah pun, tidak juga mendatangkan keuntungan apa-apa.

Patung-patung berhala yang disembah oleh orang yang kufur itu sudah tentu lebih dekat kepada bahaya dan mudarat daripada mendtangkan keuntungan dan faedah. Lantaran itu, si penyembah akan terpekik terlolong apabila dilihatnya benda yang disembah itu telah dicelakakannya, kerana telah menariknya masuk ke dalam neraka disebabkan menyembahnya. Dan dia tidak melihat tanda-tanda yang diharap-harapkannya bakal memberi manafat itu, kiranya bahyaa yang dihadapi adalah lebih besar. Jelas sekali patung dan berhala yang disembah itu tidak menjadi teman yang baik, malahan merupakan teman yang seburuk-buruknya, kerana benda tersebut tidak dapat menolong malah tidak berguna langsung.

Orang mukmin yang benar-benar beriman denganhatinya, dan imannya pula menepati dengan perbuatannya, serta mengerjakan pekerjaan yang baik-baik dan meninggalkan perkara yang dilarang, mereka akan mendapat balasan yang baik dari Allah. Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawah pohon-pohonnya disebabkan amalan mereka yang baik dan sifat-sifat mereka yang terpuji.

Jelas sekali perbezaan di atanra kedua-dua golongan ini. Allah mengkehendaki mereka menjadi demikian. Iaitu siapa yang mentaati Allah akan diberikan kemuliaan, dan siapa yang menderhaki Allah, akan ditimpakan kehinaan. Hukum Allah tidak ada siapa pun yang boleh menolak ataupun menghalangnya kerana perkara ini sudah menjadi ketetapan Allah.






Al Hajj Ayat 15

مَن كَانَ يَظُنُّ أَن لَّن يَنصُرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالاَخِرَةِ فَلْيَمْدُدْ بِسَبَبٍ إِلَي السَّمآءِ ثُمَّ لْيَقْطَعْ فَلْيَنظُرْ هَلْ يُذْهِبَنَّ كَيْدُهُ مَايَغِيظُ
Sesiapa yang menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan menolong Nabi Muhammad dalam dunia ini dan di akhirat kelak, maka hendaklah ia menghulurkan tali (serta mengikatnya) di bumbong rumahnya, kemudian hendaklah ia menjerut lehernya (supaya ia mati tercekek); dalam pada itu hendaklah ia memikirkan lebih dahulu, adakah tipu dayanya itu dapat menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan kemarahannya?

Allah membayangkan di dalam ayat ini tentang adanya golongan orang yang membenci Nabi Muhammad saw dan dengki kepada baginda. Ini kerana baginda telah dikurniakan wahyu oleh Allah dan dengan wahyu itu pula dapat menyiarkan agama Islam. didorong oleh perasaan marah, mereka pun mencari tipu daya untuk menggagalkan usaha Nabi saw. Maka kepada golongan tersebut Allah menyatakan, siapakah yang menyangka bahwa Allah tidak akan menolong Muhammad saw dan tidak memlihara kitabNya serta tidak mempertahankan agamaNya, lebih baik orang itu pergi memasang tali ke bumbung rumahnya, dan gantunglah dirinya sampai mati.

Allah menyuruh orang itu membunuh diri di tali gantung. Sebenarnya perkara ini merupakan kata-kata kiasan, yang seolah-olahnya Allah kata, lebih baik kamu menggantung diri saja kalau kamu semua benci dengan kebenaran ini. Kerana kalau kamu masih hidup, hati kamu semua akan bertambah sakit melihat perkembangan agama syumul ini.










No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.